ENJOY IT...

Friday 14 December 2018

Trip Hatyai with frens

Assalamualaikum

Hollaaaaa

Sawadikaa

Ececeeee... alkisah plan dengan kengkawan U ni dah lama tapi macam sepantas kilat ja tuptup dah sampai tarikh yang di bincangkan.. bincang pun sangat mudah just buat group wassap... sorg decide semua setuju then follow the flow je.. rasa mudah sangat. Walaupun risau jugak sebab pergi negara orang walaupun dekat cehh je tapi tetap berdebaq ya la girls only ok.. tapi alhamdulillah semua dpermudahkan tanpa ada sebarang masalah..

Lama dah dorg ajak aku travel sebelum2 ni pun tapi aku menolak sebab banyak kekangan masa. Tapi trip to Hatyai big NO untuk tolak. Walaupun dah plan lama tapi aku sendiri xbagitau sesiapa sebab risau takut xjadi or xdapat join trip ni. Lagi seminggu nak pergi baru aku gtau betoi2 dekat mak n kakak2 aku. Walaupun soal siasat bertubi2 aku dengan tenang jawab satu persatu. Kerisauan dorg macam aku nak g berperang hahaha... nasihat jangan cerita la berbuku2 tapi aku still cool hahaha xmau stress2 sebab trip ni aku anggap trip yang santai enjoy n nak g makan2 ja..

Start perjalan dari 5.12.2018 - 9.12.2018

5.12.2018

Ok first time aku naik komuter KTM  sorang2 main redah ja google segala perjalanan. Simpang Ampat ke Arau tiket lebih kurang RM9.40 dia xdirect so kena berhenti ke KTM Bkt Mertajam tukar Train ke Arau... alhamdulillah masa Rabu weekdays org xramai so ada kerusi boleh duduk.. kalau weekends nahh kalau sejam perjalanan sejam la ko berdiri nak... Sampai di Arau Cik Ton n Cik Nab dtg ambil terus ke Homestay NZ Falah n Tour.. homestay Cik Ton la tu.. dia bagi kteorang stay sebelum keesokkan harinya nak bergerak ke Hatyai.

6.12.2018

Kteorang bertolak ke Hatyai lebih kurang pukul 9 lebih sikit la sebab kteorang g breakfast dulu. Sebelum sampai border Padang Besar gi tukar duit dulu. Mata wang  Malaysia agak jatuh so kalau nak shopping tu agak mahai la.. setakat nak makan2 n jalan2 ok la.. selepas tukar duit beratur nala punya lama lebih kurang sejam kot proses dia untuk cop n declare kenderaan. Orang agak ramai masa tu. Ye la cuti sekolah kan.. xkira weekends or weekdays org still ramai.  Settle segala alah tu kiteorang terus gerak ke Hatyai singgah ke kedai handphone untuk beli simkad. Memandang kan kita konvoi 2 bijik kereta so beli simkad pun 2 la n buat hotspot je. 1 simkad plus kredit lebih kurang 100 baht boleh call free number member tu n internet unlimited sangat berbaloi. Then terus lunch di Katod Decha restoran yang sangat femes macam ibarat orang Malaysia g sana wajib lunch di situ. Makanan dia not bad la murah berbaloi n sedap. Service dia pun mesra pelanggan n cepat. Lepas makan terus checkin Hotel.

Details hotel kteorg Mira booking dekat agoda lebih kurang sebulan sebelum tarikh.

HOTEL HADYAI GOLDEN CROWN
STANDARD ROOM 
2ROOM 2NIGHTS
TOTALS = 3676.76 BAHT ÷ 6

Hotel Hadyai Golden Crown


selepas checkin kteorg rehat sekejap solat pastu terus kua jalan2. Tempat pertama kteorg pergi Cable Car. Dekat situ just ambil gambar ja nak naik cable car masa tu dah tutup. View dekat situ cantik so ambil gambar bebanyak ok. Then terus ke Big C merayau xshopping apa pun hahaha just buang masa. Then balik hotel just parking kereta terus naik tuk tuk ke Asean Night Market. MasyaAllah ramai umat manusia wei. Tapi best kat situ syurga makanan wei macam2 ada.. boleh mabuk tgk makanan semua sedap n menarik. Harga sangat berpatutan. Pas makan shopping2 then ambik tuk tuk terus balik hotel. So naik tuk tuk pergi balik sorg 40baht. Then solat mandi rehat tidur.

Nik, Mek na, Mira, Che Ton, Me

Cable Car






Asean Night Market
7.12.2018

Selepas solat subuh kteorg bersiap2 untuk breakfast di Restoran Kak Sah. Macam tempat wajib jugak bila pergi Hatyai. Tapi sejujur makanan dia xbest sangat hahaha harga pun biasa2 ja xmahai xmurah. Then terus perjalanan ke Songhkla. Ke Samila Beach untuk bergambar dengan duyung. Beli ais krim kelapa. Then terus ke Zoo Songkhla. Bestnya zoo di Thailand ni boleh bawa masuk kereta so xperlu terkedek jalan kaki. Masuk dia harga mampu milik xsemahal Zoo Negara tu. Cumanya time kteorg g tu hujan so binatang byk berteduh. Tapi pengalaman yang best la. Xletih sangat boleh rileks2 sambil tgk binatang flamingo pun ada tau. Then terus cari tempat solat then ke Klonghea Steamboat. Syurga makan jugak dkt steamboat ni ya ampun makan sampai pengsan huhuhu. Makan selagi mampu. Bayar lebih kurang 300baht lebih kurang RM30++. Ang nak apa sotong udang ketam segala maneka siput. Ayam daging ehhhh memang heaven la. Nasi goreng mee keowteow segala buahan kerabu megi ayam mangga. Air berjenis2. Makan sampai pengsan tapi makesure habis kalau x kena denda uolls. Habis makan terus ke floating market. Di sebabkan kami terlampau kenyang so kami just jalan2 n beli air dalam tembikar ja. Then terus balik ke hotel. Singgah 7e beli roti. Balik bilik solat mandi n tidur.


Samila Beach




Zoo Songhkla

Ni review dari Siakap Keli aku screen shoot ja.. majoriti orang Malaysia je makan kat situ








Floating Market


8.12.2018

Sarapan di Tamrab Muslim. Oh di sini ada tragedi sikit hahaha handphone aku tercicir. Tapi alhamdulillah dekat sini almost Malaysian. N handphone aku ada cover gambar aku so ada abang ni jumpa then di tengok sorg2 muka kat kedai tu then jumpa dengan aku dia pulangkan huhuhuhu. Alhamdulillah syukur. Pliss datang Hatyai pergi sarapan di Tamrab ni makanan murah n sedap kena dengan tekak. Pelbagai makanan heaven...  selepas makan kami balik Hotel park kereta naik tuk tuk ke morning market. shopping serba sikit then balik bilik kemas barang checkout ngam2 pukul 12 tghari. Tapi kereta tinggal di Hotel dulu. Pergi lunch di Salma Restaurant. Tempat parking terhad so better naik tuk tuk ja..  selamat n jimat lebih kurang 20baht ja sorg. Salma Restaurant wajib pergi makanan dia superb sedap tomyam dia mabeles harga berpatutan. Layanan terbaik. So apa mau lagi. Semua sedap2 n plus lapar kan so sekejap semuanya lincin. Lepas makan terus ambil kereta bergerak pulang ke tanah air terchenta. Singgah di Tesco Lotus dulu. Oh ya kebanyakkan barang viral seperti susu tea pot bedak ponds better beli dia tesco harga lagi murah. 7e ok jgk tapi harga tesco lebih murah. Sepanjang perjalanan ke Hatyai n Songkhla belambak ya ampun 7e. Ibarat kedai runcit dorg la tu.

Morning Market

Restaurant Salma



Ok finally siap aku karang hahaha... panjang berjela. The best moment bila kita dengan kengkawan yang sekepala boleh bergelak ketawa. Seronok sangat lepas rindu dengan dorg yang dah lama xjumpa tu. Semoga ada rezeki jodoh jumpa lagi. Terima kasih untuk pengalaman ini. Enjoy dengan gambar2 kteorang ok. Much love... Una


Enjoy the video. Credit to Nik Syukriah