ENJOY IT...

Monday 15 February 2016

Nikmat dan syukur

Assalamualaikum...

Copynpaste Iman Muda Hilal

Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat,
Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.

Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan,
Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.

Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,
Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dlm kehidupannya.

Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna,
Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.

Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung,
Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.

Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui..
Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah..
Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.

Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya.
Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.

Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.

Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada.

Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.

Allah menjamin rezekiku, sejak aku dalam kandungan ibuku lagi.

Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.
Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya..

Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..

Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.

Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.

Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.

Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.

Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan.
Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, "Dari mana dan digunakan untuk apa"

Kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik"...

Halalnya dihisab dan haramnya diazab.
Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain.

Bila aku iri pada rezeki orang, sudah seharusnya juga iri pada takdir kematiannya.

Sharing~~
#imammudahilal
visit : www.hilal.my

Wednesday 27 January 2016

Amalkan Sunnah Sihat Sejahtera

Assalamualaikum

SUNNAH Rasulullah SAW itu memangTERBAIK...
Dalam Sunnah Ada Kejayaan.
.
1. Buang air besar duduk, berisiko tinggi terkena buasir. Mencangkung lebih bersih dan menyihatkan, dan yg terpenting itu adalah SUNNAH.
.
2. Kencing berdiri berisiko prostat dan batu ginjal. Kencing mencangkung lebih bersih dan menyihatkan, dan yg terpenting itu adalah SUNNAH.
.
3. Enzim di tangan membantu makanan lebih mudah dicerna. Dibanding dengan besi, kayu, atau plastik, makan dengan tangan lebih bersih, fitrah dan menyihatkan, dan yg terpenting itu adalah SUNNAH.
.
4. Makan dan minum berdiri dpt mengganggu pencernaan. Dengan duduk lebih sopan dan menyihatkan, dan yg terpenting itu adalah SUNNAH.
.
5. Makan di kerusi, kurang menyihatkan. Dengan duduk di lantai, tubuh akan membahagi perut menjadi 3 ruang: udara, makanan dan air, dan yg terpenting itu adalah SUNNAH.
.
6. Makan buah setelah makan (cuci mulut) kurang bagus bagi lambung, kerana ada reaksi asam. Yang sihat adalah makan buah sebelum makan, membantu melicinkan saluran pencernaan dan membuatnya lebih sempura, dan yg terpenting itu adalah SUNNAH.
.
7. Tidur meniarap tidak bagus untuk kesihatan, bahkan itu tidurnya syaitan. Tidur menghadap kanan lebih menyihatkan, dan yg terpenting itu adalah SUNNAH.
.
Banyak rahsia sunnah yg telah diteliti para pakar, dari segi hikmah, manfaat, dan kesihatan. Benarlah yg dikatakan: di sebalik sunnah ada kejayaan,manfaat etc.
.
Seorang doktor Eropah berkata: jika semua manusia mengamalkan 3 sunnah saja (sunnah makan, sunnah di Kamar Mandi, dan sunnah tidur), maka harusnya saya berhenti jadi doktor kerana tidak ada patient...
Subhanallah....
.
-hamba Copypaste je-

#Cintailah sunnah Nabi, tidak hanya adab2 sehari tapi seluruh apa yang telah Rasulullah saw tetapkan.

Tuesday 26 January 2016

Semakan untuk wanita di sayangi

Assalamualaikum

SEMAKAN TERHADAP 11 PERKARA YANG PERLU DIJAGA OLEH WANITA

1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipis kan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

Status hadith: Sahih

2.  Memakai gelang kaki berloceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

Status: Seperti dinyatakan di dalam al-Qur’an (rujuk surah an-Nur ayat 31)

3. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31)

Status: Seperti dinyatakan di dalam al-Qur’an (rujuk surah an-Nur ayat 31)

4. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.;(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

Status hadith: Sahih

5. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari)

Status hadith: Bukan riwyat Bukhari Muslim, bahkan ianya hadith ma'lul (cacat) riwayat Abu Daud.

6. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.
(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

Status hadith: Hadith ini ma'lul (punyai kecacatan)

7. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31) Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

Status: Seperti dinyatakan di dalam al-Qur’an (rujuk surah an-Nur ayat 31), Hadis di bawahnya pula dinilai sahih oleh Syeikh al-Albani

8. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.) Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

Status: Seperti dinyatakan di dalam al-Qur’an (rujuk surah al-Ahzab ayat 32), Hadis di bawahnya pula setakat saya jumpa dalam Ibn Majjah, lafaz sampai "mereka namakan dengan yang lain". Sanadnya dhaif.

9. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.) Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.) Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

Status: Seperti dinyatakan di dalam al-Qur’an (rujuk surah an-Nur ayat 31), Hadis di bawahnya pula dinilai shahih oleh Syeikh al-Albani.

10. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nas)

Status hadith: Diriwayatkan oleh Ibn Umar daripada Nabi shallallahu'alaihiwasallam. Lebih tepatnya ianya mauquf sebagaimana disebutkan oleh Abu Hatim. Turut diriwayatkan oleh Abi Zar daripada Nabi shallallahu'alaihiwasallam. Al-'Uqaili berkata ketika mengeluarkan hadith tersebut: "Semua riwayat dalam bab ini terdapat kelemahan".

11. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

Status hadith: Tidak shahih

Riwayat Imran bin Hushain ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)

Status hadith: Sahih

Wallahua'lam

Copynpaste

Monday 25 January 2016

Untuk Ku Untuk Mu wahai Wanita

Assalamualaikum

Buat wanita...

Labuhnya tudung bukan petanda kau umpama bidadari dunia..
Singkatnya tudung pula bukan petanda kau jahat sampai masuk api neraka ...

Berstokin kaki bukan petanda kau solehah...
Tidak berstokin pula bukan petanda kau seburuk-buruk muslimah...

Berhandsock warna bagai bukan petanda kau muslimah sejati..
Tidak berhandsock pula bukan petanda kau punya ibadah tak diberkati..

Kau mencari..
Aku mencari...

Bertudung bukan sekadar menutupi rambut yg cantik mengurai tapi menjaga gerak geri...

Berstokin bukan sekadar menutupi kaki yg lasak berjalan tapi melindungi...

Berhandsock bukan sekadar menutupi lengan yg sering kena sinaran mentari tapi untuk mengingatkan diri...

Tegur.....bukan cakap 'masing2 punya kubur'....
Nasihat.....bukan mengumpat....

Untuk mengubah perlu berhikmah bukannya menyumpah seranah..

Yang sudah bertudung lbuh, berstokin dan berhandsock...teruskan istiqamahmu...bantulah mad'u mu...
Yang masih bertudng singkat hingga nmpk rntai berbatu,masih tunggang motor hingga nmpk kudis dan bulu,masih sinsing lengan baju hingga ke siku...marilah berhijrah kerana kita sudah tidak banyak waktu...

Semoga aku dan kau boleh jadi...
Bidadari yang tidak memandang dan tidak dipandang.....

#pesananbuatakudankau
#copynpaste

Sunday 24 January 2016

Deep

Assalamualaikum

* Suatu hari orang kampung bercadang untuk membuat solat hajat memohon hujan turun. Bila masa hendak bersolat ramai orang yang datang berkumpul tetapi hanya seorang budak yang membawa payung.
** Itulah yang di namakan KEYAKINAN.

* Bila anda melambung bayi ke udara, dia ketawa sebab dia tahu anda akan dapat menangkapnya semula.
** Itulah yg di namakan KEPERCAYAAN.

* Setiap malam kita hendak pergi tidur, tidak ada jaminan kita akan hidup lagi untuk hari esok tetapi kita tetap set jam untuk kejutkan kita bangun pada esok hari.
** Itulah yang di namakan HARAPAN.

Teruslah menaruh “KEYAKINAN, KEPERCAYAAN dan HARAPAN” kepada Dia Yang Maha Pencipta, Maha Pemberi, dan Maha Penentu segalanya.

* Anda telah menemui calon wanita solehah. Setiap kali anda ingin berbincang tentang perkahwinan, wajah isteri pertama anda sering muncul di minda.

*** Itulah yg dinamakan KETAKUTAN ! ;)

Copy n paste

Wednesday 20 January 2016

Ilmu Perkahwinan

Assalamualaikum

Ilmu Perkahwinan ٧; "Didalam urusan pernikahan, Islam menyuruh lelaki mahupun perempuan, untuk mencari pasangan yang baik agamanya dan juga akhlaknya. Namun begitu, keserasian dari segi latar masing-masing, juga turut perlu diberikan perhatian yang sewajarnya. Dan Isteri perlu diperlakukan dengan baik setelah dikahwini."

"Hendaklah tidak diambil kesempatan untuk suami kedekut atau melayannya ala kadar saja, si isteri kerana dia mempunyai hak keatas kamu. Bagi kaum lelaki yang ingin menikah. Allah سبحانه وتعالى sendiri menjamin rezeki orang yang bernikah, dan anak-anak yang bakal dilahirkan juga. Wahai pasangan yang ingin menikah, jangan kamu takut miskin kerana bernikah."

"Allah سبحانه وتعالى sendiri jamin, yang memberi itu sendiri adalah Yang Maha Kaya. Oleh kerana itu jangan ada orang yang risau jadi miskin kerana perlu mengeluarkan nafkah kepada isteri dan anak-anaknya. Dan setelah bersama, suami itu tidak dibenarkan menuntut sebahagian apatah lagi semua daripada maskahwin yang telah diberikan kepada isterinya walaupun jumlahnya banyak."

"Diperbolehkan suami meminta bayaran daripada isteri untuk diceraikan hanya, bilamana isteri itu melakukan zina, yakni cerai khuluk. Allah سبحانه وتعالى juga melarang suami menggantungkan isterinya tak bertali kerana perbuatan itu adalah perbuatan orang yang zalim."

"Dan didalam alam rumahtangga, hendaklah ada sifat tolak-ansur bagi kedua pasangan. Tolak ansur ini dengan kata maknanya banyaknya bersabar. Allah سبحانه وتعالى janjikan kebaikan yang banyak bagi orang yang bersabar dengan perkara yang tidak disukainya, baik perkara itu dalam hubungan suami-isteri atau apa saja perkara dalam kehidupan ini."

"Oleh itu, orang beriman yang bijak akan bertahan dengan sedikit yang tak disukainya, demi mendapat ganjaran yang banyak di sisi Allah سبحانه وتعالى. Jangan dilihat apa yang kita suka, tapi lihatlah kepada apa yang Allah سبحانه وتعالى suka. Manusia juga dilarang untuk berburuk sangka kepada Allah سبحانه وتعالى, apabila menerima nasib yang tidak mengikut kemahuannya yakni penceraian."

"Perkahwinan merupakan satu tanggungjawab yang berat kepada suami. Kerana ia merupakan amanah dari Allah سبحانه وتعالى, dan juga wasiat Rasulullah ﷺ. Sebagai memikul amanah, suami perlu menyediakan bukan sekadar nafkah zahir dan batin, tetapi juga nafkah tarbiyyah agar isteri menjadi isteri yang solehah."

"Suami perlu ambil tahu perihal isterinya dan jangan sampai jadi ‘dayyus’ membiarkan isteri tak kisah berkawan, keluar dengan sesiapapun. Suami yang baik, akan mendidik isteri menjadi baik. Dan Didalam perhubungan rumah tangga ini mestilah ada adil, ada ehsan."

"Adil itu memberikan hak isteri atau suami sepertimana yang dituntut oleh syarak. Ehsan pula memberikan apa yang menjadi hak pasangan Tanpa menuntut hak dirinya. Kita, dalam rumahtangga, diantara suami dan isteri disuruh oleh Allah سبحانه وتعالى untuk bersikap ehsan. Yakni memberi yang terbaik kepada pasangan dan berusaha menerima sikap pasangan yang kurang baik."

"Orang yang menuntut kesempurnaan pada pasangannya itu, adalah bermimpi di siang hari. Mana mungkin seseorang itu mengharapkan pasangannya akan "Perfect" didalam perkahwinan. Ketahuilah, apabila menempuh alam perkahwinan pastinya ada suka dan duka."

"Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan yang jika dilihat secara keseluruhan, maka akan nampak keindahannya. Akan tetapi, kalau mencari kesempurnaan, itu mencari suatu perkara yang tidak wujud. Maka nya, hendaklah kamu bersabar dengan pasangan kamu."

"Kata Syeikh Muhammad Mutawalli As-Sha’rawi رحمه الله تعالى; “Seseorang itu boleh diangkat darjatnya oleh Allah سبحانه و تعالى dengan bersabar, kepada perkara yang tak disukainya pada pasangannya.” Sebab apa? Sebab Allah menjanjikan, Jika kamu tak suka pada sesetengah perbuatan pasangan kamu tapi kamu bersabar, Allah سبحانه و تعالى berjanji akan berikan kebaikan yang banyak sekali.”

"Sabar dan Allah akan beri kebaikan yang banyak. Atau jika kamu tidak bersabar, maka akan berlaku perceraian. Syeikh Muhammad Mutawalli As-Sha’rawi menceritakan; "Ada seorang itu jika datang ke majlis, wajahnya berseri-seri dan disanjung orang. Setelah beberapa lama, tiada lagi apa yang pernah dilihat padanya."

"Lalu ditanya padanya; “Dulu kami nampak kamu lain macam, tapi sekarang sudah tidak ada apa yang kami nampak dulu.” Jawabnya; “Ya, dulu saya diganggu isteri saya dan saya bersabar sehingga saya diberi kebaikan yang banyak. Tapi sekarang isteri saya sudah meninggal dunia, dan kebaikan itu tiada lagi diberikan kepada saya. Dan saya rindu kepadanya."

"Peganglah apa yang dijanjikan Allah سبحانه و تعالى untuk mendahulukan ehsan berbanding adil. Beri hak kepada pasangan tanpa terlalu menuntut hak diri sendiri, bahkan kalau boleh beri lebih daripada yang sepatutnya. Jangan asyik ingin menerima saja. Kalau kita mulakan berlaku ehsan kepada pasangan kita, pasangan juga akan berlaku ehsan pada kita. Kerana ehsan itu adalah kasih sayang. Maka kehidupan rumah-tangga itu, akan menjadi indah."

Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid