ENJOY IT...

Wednesday 30 May 2012

REDHA vs BERSERAH

Assalamualaikum...

erm ok.. tajuk entry yang mungkin bagi orang lain biasa2 je.. REDHA vs BERSERAH? kalau tengok2 balik macam sama je kan maksud perkataan tue.. tapi bila di kaji faham kan balik lain maksudnya.. pernah kan tengok ombak rindu cite yang awal2 dulu top meletup.. bukak je fb penuh kat wall dorg post dah tgk cite ombak rindu sedih la apa la.. tapi bagi aku yang mungkin kurang feeling masa tengok tu xda rasa apa sangat cam kosong je hehe jahat aku ni ekkk... dalam cite tu kan lisa ada kata "redha tu ihklas pasrah itu berserah".. berserah pasrah semua itu ibarat sama la kan.. jika kita redha kita ikhlas right?? oh kalau macam itu ramai dah manusia di dunia ni ikhlas kan.. setiap apa yang berlaku ramai yang selalu kata " ermm xpa la kita redha je la dengan apa yang berlaku" salah itu sebenarnya dorg pasrah.. kalau redha dorg xkan ungkit apa yang dah berlaku tu.. itu baru di namakan redha kan.. lain orang lain kefahaman dia kan.. xpe2 kita share sikit2 apa yang kita faham n tahu ok.. 


APA ITU REDHA? Redha itu adalah manusia berusaha sehabis baik tanpa menyimpan apa jua rasa setelah melihat natijahnya. Dan redha itu syaratnya adalah usaha sehabis boleh, bukan sekadar menanti rezeki tanpa melakukan apa-apa serta menadah tangan sekadar berdoa minta diberi ganjaran itu dan ini.. 





selalu orang mesti kata untuk menyedapkan hati kita "ko redha je la apa yang berlaku ni, mungkin ada hikmahnya" betul la tu tapi fikir2 balik itu dah macam dah suruh kita berputus asa.. dalam islam Allah melarang kita berputus asa.. cuba sebaik mungkin sehabis mungkin.. kalau kita dah gagal pastu kita terus redha je maknanya kita dah berputus asa kan.. sebaliknya kita bangun balik berusaha lagi.. Allah akan bantu umatNya jika umatNYA tidak putus harapan.. ni kita sikit2 redha.. kalau kita hidup dengan redha ni rasanya tamadun dunia kita akan musnah la.. sebab lahirnya ramai manusia yang berputus asa.. hanya menanti doa di makbulkan tanpa usaha.. maaf jika aku salah dengan kata-kata ni.. tapi itu pendapat aku secara peribadi..redha ni sebaik nya digunakan bila takdir jodoh pertemuan ajal maut yang berlaku.. jika selagi bukan  takdir yang berlaku selagi belum kahwin selagi belum tiba ajal maut.. makanya kita perlu berusaha jangan sesekali berserah... tetapi jika itu yang dah tertulis dalam hidup kita.. berusaha dah doa sudah makanya letak kan diri kita pada Allah dan terima redha dengan hati yang betul-betul ikhlas.. pepatah islam selalu menyebut mann jadda wadd jadda.. (maaf kalau salah eja tapi da bunyi kan hikhik) .. siapa yang berusaha dia dapat.. see Allah dah letakkn janji pada umatNYA.. jika umatNYA berusaha tidak berputus asa.. mereka akan dapat ganjarannya.. so mind set kita kadang2 perlu di ubah sikit agar kita lebih berusaha dan jangan sesekali berputus asa.. selagi kita dikurniakan kesihatan akal fikiran yang baik.. berusaha lah jangan berputus asa ok.. mohon sekali lagi kemaafan jika apa yang di kata ni menguris hati sesiapa atau segala yang dikatakan ini salah.. yang baik itu datang nya dari Allah.. dan yang selemah-lemah nya datang diri aku sendiri.. belajar lah selagi diberi peluang.. dengan adanya ilmu yang dapat membezakan kita dengan seseorang itu...










Monday 28 May 2012

CINTA SELEPAS KAHWIN??


Assalamualaikum...


Wiwit... cinta selepas kahwin tajuk entry?? adoi... masalah lah husna ni dah parah.. gatai nak kawen ea...huhu pagi tadi lepas kelas wt discussion group.. dah lama discuss..boring lak  idea dah xda nak bincang apa.. aku tanya dayah blog apa yang dayah kata best itu.. dengan pantas aku g cari blog tu kat tenet.. then jumpa.. dushh2 jumpa la blog tu.. owhhh so sweet.. entry dia cinta selepas kahwin.. dia kahwin muda.. first date dia malam selepas nikah gi tengok wayang dengan suami n siblings.. subahanaAllah... syukur rezeki dia macam tu kan.. balik bilik tengah boring2 nak siapkan assgnment yang bertimbun ni aku buka lagi blog tu.. then baca lagi... memang xboring la baca blog tu.. gambar2 kawen dia semuanya sweet sangat.. walaupun dorang janggal nak bergambar nak salam nak berpegang2 tapi itu yang manis kan.. mengalir je air mata ni.. bagaimana pulak nasib kita kan... sentiasa berdoa dan jangan sesekali putus doa agar Allah kurniakan kita yang terbaek di kalangan yang terbaek..amin..



Bagi aku walaupun bakal tulang rusuk ku nanti bukan cinta yang pertama harap dia cinta yang terakhir bagi ku.. agar aku dapat kekuatan untuk teguh kan apa yang aku ingin kan sekarang...



Tahukah kita.. Allah meniktirafkan cinta selepas perkahwinan sebagai yang terbaek dan sumber segala kesenangan dan kasih sayang.. Ya Allah kurniakan kami segala yang telah Engkau aturkan pada mereka-mereka yang Engkau kehendakinya.. masuklah lah kami dalam golongan tersebut.. amin...





Bagi menambahkan pengetahuanaku cari2 lah info pasal cinta selepas kawen ni.. 

Cinta selepas perkahwinan adalah cinta yang diredai dan dituntut oleh ajaran Islam. Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan suami isteri itu mendapat mandat yang agung untuk bercinta melalui ikatan yang sah dan diiktiraf oleh agama dan juga anggota masyarakat.
Bagi menyuburkan cinta selepas perkahwinan, maka pasangan suami isteri haruslah menghormati hak-hak dan tanggungjawab kepada yang dicintai dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.


Antara cara-cara untuk menyuburkan rasa cinta sebegitu adalah:
1. Membuktikan cinta melalui ketaatan, kasih sayang, pengorbanan dan kesungguhan memuliakan pasangan dan rumah tangga yang dibina.
Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa saling hormat-menghormati, menghargai perasaan dan tutur kata, sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga dan berusaha memelihara amanah dan janji yang dibuat.
2. Melahirkan zuriat sebagai bukti cinta yang terjalin. Sekiranya ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, suami hendaklah bersabar dan tidak terburu-buru untuk berkahwin lain.
Seharusnya usaha dilipatkan gandakan untuk mendapatkan zuriat baik secara tradisional mahupun secara perubatan. Sekiranya tidak berhasil, bolehlah mengambil anak angkat sebagai langkah alternatif.
3. Mengasihi dan menghormati ahli keluarga pasangan suami isteri. Bagi mewujudkan keluarga yang harmonis, perhubungan kedua-dua belah pihak hendaklah dijaga dan dipelihara sebaik mungkin.
Sesekali, hadiah dapat dijadikan penghubung kasih-sayang dan tidak lupa untuk bertanya khabar sekiranya tidak berkesempatan untuk menziarahi keluarga yang jauh.

Sunday 27 May 2012

MAKBULKAN DOA KU INI....

Assalamualaikum..

kadang-kadang kita sedar yang kita pernah melukakan seseorang atau ramai orang. Tetapi apa yang kita tahu yang kita ingat apabila seseorang melukakan kita sukarnya kita untuk memaafkan orang itu kan.. bagi aku sendiri niat di hati tidak mahu berdendam ingin setiap kali sebelum tido memaafkan semua orang tapi bila terjaga dari tido teringat semula apa yang berlaku hati ni sakit sangat... mungkin bagi orang lain benda tu kecil xperlu diperbesar2kan.. tapi bagi aku.. sekali terluka sakitnya mungkin sampai mati.. aku seorang yang sangat sensitif.. maaf ini boleh digunakan bila kita tahu erti sebenarnya.. zaman sekarang kalau salah sikit minta maaf then buat lagi.. itu bukan maaf yang ikhlas.. maaf ini di ibaratkan seperti bertaubat lah.. sekali dah buat berazam tidak mengulangi benda yang sama kan.. so bila dah mohon maaf pada seseorang itu berazam lah pada diri agar tidak sesekali menyakiti orang lagi.. ye sangat benar dan tepat sekali, kita sebagai manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan.. tapi kita kena ingat setiap manusia di kurniakan akal otak pemikiran yang baik lagi segar, makanya... kita perlu berfikir sebelum bertindak agar hati perasaan orang lain terjaga.. jangan sesekali pentingkan diri.. kerana apabila kita susah nanti orang yang kita selalu sakiti itulah yang kita cari dulu.. kita juga mesti ingat kita tidak selalu berada di atas... apa yang aku taip ini ibarat aku kata pada diri aku juga.. sebab aku sering terpesong selalu penting kan diri.. jadi aku ingin kan perubahan ingin kan perkara yang baik dalam diri aku.. so dengan ingat mengingati mungkin aku lebih sedar dan berfikir sebeleum melakukan... serius aku memang senang terluka.. so aku ingin memaafkan sesiapa saja sebab aku ingin kan kehidupan yang tenang.. dengan memaafkan aku lebih tenang aku xnak sesekali berdendam dan xnak sesekali membalas dendam.. 


kita ingat satu benda ini...


"WHAT GOES AROUND COMES AROUND"... pepatah ni ibarat karma la kan.. apa yang kita buat dekat seseorang itu akan datang balik pada diri kita.. ini bukannya doa atau apa.. tapi ini realiti.. kita sebagai manusia sentiasa berdoa yang baik-baik sahaja agar mudah2an apa yang di doakan akan kembali kebaikan pada diri kita insyaAllah.. ok berbalik pada karma.. "karma" ni ibarat satu daya yang bersifat peribadi yang mengawal alam semesta. jika seseorang melakukan perkara yang baik ia akan dapat kebaikan pada diri sendiri dan sebaliknya jika seseorang melakukan kejahatan maka kejahatan datang balik pada diri dia.. so sentiasa melakukan kebaikan.. jangan sesekali melakukan kejahatn.. ingat langit xselalunya cerah..


mohon Allah makbulkan doa ini agar aku bukan lah seorang yang pendendam dan sentiasa lembut hati hati untuk memaafkan semua orang.. amin...



Saturday 26 May 2012

KURSUS PROTOKOL vs ANUGERAH KERANA JASA

Assalamualaikum..

semenjak dua menjak ni rajin nye nak post macam2.. lagi tension wat assignment lagi rasa nak post macam-macam.. lagi masa xcukup ni lagi la nak join macam2 program.. member2 lain duduk lam bilik study fokus untuk final exam.. tapi aku ni xsedar2 diri pun.. boleh lak join macam2 program.. huh dasar xreti duduk diam.. sejujurnya lau aku duduk lam bilik seharian aku cepat sangat homesick.. dah tu masalah yang lepas2 pun masih nak fikir.. tupasal aku suka join program xpun keluar dari bilik.. supaya aku bergerak sikit.. lau duduk lam bilik lau xtido baca novel xpun menghadap laptop jek.. tupasal setiap sem kena tambah power cermin mata ni.. nasib baik mak baik hihi... semalam 25-05-2012.. aku ikuti kursus protokol.. kursus ini yang di uar2 kan diwajibkan ambil sekali sebelum grad.. so aku pun join la.. best gak..belajar benda baru.. belajar pasal pemakaian yang betul cara duduk, cara berdiri cara makan macam2 lagi la.. so nanti kalau g hotel ke atau bersama VIP xla jakun dah kan.. dah tau la serba sedikit pasal protokol ni.. xla kelam kabut ke apa ke.. yang penting xla memalukan diri yang kita hanya anak orang kampung je.. tapi pandai lam bab protokol ini.. xrugi n xmenyesal pun gi.. bayar RM 10.. dapat ilmu dapat sijil dapat makan lagi.. berbaloi la.. kat hotel lak tu...EDC jek pon... kursu tu start pukul 5 petang habis pukul 9.30 malam.. habis je kursus tu pergi lak event.. anugerah kerana jasa.. event ini untuk memberi penghargaan kepada semua mahasiswa/i yang telah banyak berjasa kat UUM ni.. tapi time kteorg g dorang dah selesai makan cuma tunggu penyampaian hadiah n persembahan je la.. best la jugak jumpa didi Af tapi tengok dari jauh je la.. sapala kita nak tengok depan2 kan.. senior aku Praba menang anugerah sumbangsih, fakhri my pres YAB menang mahasiswa harapan, pastu sangat berbangga dalam ramai2 pelajar UUM yang hampir mencecah 30 ribu orang praba n my roomate k.wafa dicalonkan sebagai mahasiswa/i terbaik.. walaupun xmenang dorg top 3 tau... hebat tuh.. ko hade.. xda kan..hihkihik.. habis majlis tu dalam pukul 12 lebih.. penat ngatuk serabut sebab assgnment banyak lagi (adoi dah2 enjoy baru nak ingat assgmnt bagai apa  la husna ni).... apa2 pun semalam memang waktu cuti yang dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah.. assgnmnet pun pagi tadi dah wat sikit alhamdulillah masih di landasan yang betul.. boleh submit pada waktu yang ditetapkan.. semestinya minggu depan minggu terakhr untuk sem ni.. so sem 5 coming soon.. hoho jadi senior la pulak kihkih.. (hegeh toi la) hihi.. 

see.. cara susunan sudu benda alah ni kat meja...


talimat bermula di sesi petang








 tibanya time malam.. let's eat..





chicken chop.. sedap...




see.. aku dah pandai pegang pisaun garfu with the right way..kahkah


lincin tuh...


muka bahagia pabila kenyang hihi



my senior...



dessert... erkk xsuka kek dia.. 





 
sebelum makan chicken chop kena makan roti with butter.. with the right way okes..
















finaly.. xmau makan comot2 oke..

thank you.. for protocol...


anugerah kerana jasa.. k.ila with jiji








muka penat sangat huhu

gimik pelancaran



finally.. grrrr

Friday 25 May 2012

wanita nak masuk syurga mudah....

Wanita Nak Masuk Syurga ?


SANGAT MUDAH ! ! !

  • Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.
  • Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  • Wanita yang beri susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.
  • Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik akan mendapat pahala jihad.
  • Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
  • Isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dengan penuh kasih sayang, Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat.
  • Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah s.w.t. dan kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan jadi ketua kepada 70 000 Malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang dibuat dari permata Yaqut.
  • Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampun oleh Allah s.w.t. seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. memberinya 12 tahun pahala ibadat.
  • Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan “Bismillah” didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
  • Wanita yang menguli tepung dengan “Bismillah” Allah s.w.t. akan berkatkan rezekinya.
  • Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.
  • Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah s.w.t. mengizinkannya masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.
  • Pahala bagi wanita hamil adalah seperti berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malam hari.
  • Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah swt. akan beri satu pahala haji.
  • Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira mati syahid.
  • Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menagis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.
  • Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa syurga wajib bagi kamu.
  • Kalau isteri layan suami tanpa khianat dapat pahala 12 tahun solat.
  • Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas manakala isteri yang picit suami bila disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.
  • Wanita yang meninggal dunia dengan dapat keredhaan suaminya, dia akan masuk syurga.
  • Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
  • Jika suami mengajar satu masalah agama pada isterinya dia akan dapat pahala 80 tahun ibadat.
  • Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah swt di akhirat tetapi Allah swt sendiri akan datang pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah (tetap).
  • Seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang dalam keadaan marah, Allah swt beri kepadanya setengah pahala jihad.
  • Allah swt berkati dalam rezeki bila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.
  • Allah swt akan melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya.