ENJOY IT...

Monday 30 July 2012

TIDAK MUDAH... TAPI AKAN TERASA INDAH....

Assalamualaikum...



erm bulan puasa ni kan kalau dah petang-petang badan akan jadi selemah-lemahnya huhu... kalau layan penat lagi-lagi la jadi lembik... gagah kan diri main2 laptop mengaji ke apa baru kuat sikit... hoho umur dah 22 tahun pun bila bulan puasa rasa macam budak baru belajar puasa je... manja terlebih... 


tadi jumpa satu post dekat fb akak senior ni macam best je baca.. ada kebenaran apa yang akak ni kongsikan.. so aku nak kongsikan dekat blog ni pulak.... "sharing is caring" :)




Tidak MUDAH...Tapi Akan Terasa INDAH

Tidak MUDAH tersenyum ketika hati menangis dan terhiris
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari itu adalah sebahagian dari kasih Ilahi ... Agar Allah memindahkan kebaikan-kebaikan orang yang menyakiti kita

Tidak MUDAH bangkit dalam keadaan terpuruk
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari...
Bahawa Allah sedang menyapa dengan cinta-Nya Agar kita tumbuh besar dan kuat

Tidak MUDAH memberi ketika diri sendiri dalam kekurangan
Tapi akan terasa INDAH ketika kita dapat membahagiakan orang lain
Bukan membahagiakan diri sendiri

Tidak MUDAH memaafkan ketika kita dibenci dan di hina
Tapi akan terasa INDAH kalau itu adalah sebahagian dari penyucian diri...
Dan ikhlas hanya mengharap redha Ilahi

Tidak MUDAH melupakan kegagalan ketika kita masih berkubang didalamnya Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itu adalah awal dari kejayaan kita

Tidak MUDAH melupakan masa lalu yang menyakitkan
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuh Untuk mengawali kebahagiaan yang akan diberikan Allah sebagai penggantinya

Tidak MUDAH menghilangkan duka kerana kehilangan
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari...
Bahawa Tuhan telah meminjamkan kepada kita beberapa saat

Tidak MUDAH menghadapi penderitaan dan cubaan yang terus mendera
Tapi akan terasa INDAH ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur Dan menyedari itu adalah sebahagian dari cara Allah menyayangi hambaNya... Seperti Allah menyayangi para Nabi dan Rasul-Nya.



Sunday 29 July 2012

SOLAT TERAWIH

Assalamualaikum....


alhamdulillah hari ni sudah 9 hari kita berpuasa dan malam kesepuluh dah terawih...benar kata orang kan.. kalau kita bermula dengan keterpaksaan lama2 akan jadi keseronokkan melakukan sesuatu tu... contoh macam solat suna terawih.. bukan semua orang akan melakukan nya kan... tapi sekali dah mula lakukan rasa sayang kalau nak ponteng... macam aku sendiri sangat2 beruntung sebab rumah sebelah masjid.. so boleh pergi buat secara berjemaah... kadang2 memang rasa malas penat tapi akan rasa rugi bila ponteng.. gagah kan diri juga.. tahun ni masjid kat umah aku istimewa sikit sebab ada tahfiz.. so iman akan baca ayat2 al-quran... selalu aku akan dengar member luar cite masjid dorg sehari iman akan habiskan 1 juzud 30 hari terawih boleh khatam satu al-quran seronok kan... 


FADHILAT DAN KELEBIHAN SOLAT TARAWIH 


Sayidina Ali Abi Talib r.a meriwayatkan sebuah hadith daripada Rasulullah s.a.w iaitu jawapan baginda 
ketika ditanya oleh para sahabat mengenai fadhilat dan kelebihan solat Tarawih pada setiap malam di 
bulan Ramadhan. Baginda bersabda yang maksudnya, 


1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
  • Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
  • Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
  • Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
  • Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
  • Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
  • Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
  • Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
  • Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
  • Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
  • Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
  • Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
  • Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
  • Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
  • Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
  • Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
  • Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
  • Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
  • Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
  • Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
  • Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
  • Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
  • Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
  • Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
  • Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
  • Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
  • Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
  • Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Selain dari fadhilat-fadhilat yang tersebut di atas, terdapat banyak dan berbagai lagi fadhilat dan 
keutamaan solat Tarawih dan Qiamulail di malam bulan Ramadhan sebagaimana yang disebutkan di 
dalam hadith-hadith Rasulullah s.a.w 




Thursday 19 July 2012

tersentuh

Assalamualaikum...

alhamdulillah..masih berkesempatan bernafas di pagi jumaat yang indah... lepas breakfast aku terus buka tv then tengok rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) ada satu slot rancangan MHI memaparkan program "sehelai baju buat menyapu si air mata" sepanjang rancangan tu aku tersangat sebak... then terus on9 cari page dekat fb " https://www.facebook.com/groups/sehelaibaju/ " aku terus join group ni...


page "sehelai baju buat menyapu si air mata" adalah satu program pengumpulan baju2 baru untuk di beri kan kepada anak2 yatim. masih ada insan berhati mulia di saat ni kan.. aku sangat bangga dengan usaha dorg ni... aku sehingga kini xpernah terfikir masih wujud kah program sebegini.. mudah2an berkat usaha dorg semua berjaya dan di rahmati Allah... insyaAllah segala yang baik sentiasa diberi ganjaran yang baik... 


bagi kita yang berkemampuan sentiasa lah ringan tangan untuk menghulurkan sedikit bantuan... bila kita rasa diri kita susah cuba kita toleh ke belakang melihat ramai lagi yang sangat susah.... sentiasa lah bersyukur... dengan kegembiraan kita di pagi hari raya berpakaian cantik sedangkan ada lagi yang tidak berpakaian.. tanpa kita sedari mereka adalah saudara seagama kita... sedih kan.. buka hati buka minda...jika tak banyak sedikit pun jadi lah...


syabas di ucapkan kepada team "sehelai baju buat menyapu si air mata"!!!!! tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima... 




salam ramadhan ~~

Assalamualaikum....

alhamdulillah... masih lagi bernafas di bumi Allah... moga kita semua menjadi kekasih Allah hendakNYA... ramadhan makin tiba right?... lusa je lagi.. haih xsabarnya... bulan ni la bulan yang sangat di nanti2 oleh kaum muslimin kan.. bulan yang sangat mulia... moga tahun ni kita dapat melaksanakan ibadah puasa dengan sempurna dan di berkati olehNYA..

sentiasa kita berdoa agar ramadhan tahun sangat bermakna bagi kita.. anggap lah ramadhan kali ini yang terakhir bagi agar kita sentiasa berlumba2 untuk melakukan ibadah... kita tidak tahu ajal maut kita kan... tapi jika ni ramadhan terakhir bagi kita maka kecapi lah ia.. jangan sesekali sia2 kannya...

so... dengan rendah hati mohon kemaafan jika diri ni ada menguris hati sesiapa tanpa sedari.. aku hanya lah insan biasa.. tanpa sedari telah melakukan kesilapan... mohon penghijrahan yang di usahakan kan.. diberkatiNYA di beri kekuatan keimanan yang teguh agar kekuatan untuk menjadi muslimah sejati terbit dari hati yang lemah ni... mohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki...

AHLAN WA SAHLAN YA RAMDHAN... happy fasting day to all of you.. please forgive me... May Allah  bless all of you  on this month of ramadhan... :)


Monday 16 July 2012

novel ~~~

Assalamualaikum...


hye2... readers sekalian.. sihat ke?? entry kali ni mengenai novel... antara korg2 semua mesti ada yang suka baca novel kan2... hehe.. sama la ngan aku gak.. suka gak baca kalau da masa terluang... dulu bukan kemain xsuka novel ni.. tengok sebelah mata pun x... sekarang pantang gi kedai buku mesti novel yang di cari dulu... so mak or akak aku mesti sentiasa sponsor aku untuk beli novel kihkih....

sekarang koleksi novel aku dah makin bertambah... masa hari lahir aku baru2 ni  pun aku dapat 2 buah novel dari akak aku... tajuk dia "di atas sajadah cinta" dan "dalam mihrab cinta" novel ni berkisah kan cinta islamik sikit.. mula2 tengok tajuk macam xbest je.. betul kata pujangga kan "don't judge by it's cover" rigth? dah mula baca... huh dah makin jatuh cinta dengan buku tu... best sangat... dia lebih memberi motivasi kat kita ni.... aku cadang kan korang beli lah novel tu ea.. kalau nak pinjam pun boleh kat aku... tapi jaga baik2 tau.. aku sayang sangat2 ngan buku2 aku ni...

 

then, sebelum balik umah masa cuti semester baru2 ni aku ada beli novel "suami aku ustaz" walawey.. best kot novel ni... huh dulu kan aku kalau baca satu novel hampir 3 bulan baru habis.. mana x nye.. sehari 2 or 3 mukasurat je aku baca... tapi novel suami aku ustaz tu xsampai seminggu dah bis.. memang pulun aku baca hehe.. sebab best ~ ~... dia bukan pasal cinta sangat ... dia lebih cita pasal perkahwinan dalam islam.. cinta selepas nikah.. oh2 so sweet hehe... berangan sat....~~~~ hihi....


seronok kan membaca ni.... akak aku didik anak dia dari umur berusia 3 bulan lagi untuk membaca ni... kat umah dia lebih 3 ribu buah buku yang dia kumpul n beli.... dah macam library umah dia aku nengok.... setiap bulan mesti dia akan bawa anak2 dia pergi kedai buku..... so kalau aku ikut aku pun akan sambar beberapa buku gak... membaca kan jambatan ilmu.. so jom kita membaca...


sumber gambar: abg google =)

Saturday 14 July 2012

~SAYANG ACHU~

Assalamualaikum.....

hey2.. dear.. miss u a lot la.. lama xupdate entry baru kan... malas je... lagi pun berukband yang tersangat slow macam siput.. xnak panggil berukband dah la.. nak paggil siputband leh x?kihkih...

tajuk entry kali ni sayang achu? sapa achu tu? hey2 semestinya tuan kedaung blog ni la.. cik una.. hehe.. beberapa hari yang lepas... aku terjadi ibu susuan botol anak sedara aku... akak aku kena gi kursus.. so 4 hari kena jadi ibu sepenuh masa.. hoho jaga baby tu.. semua benda aku kena urus kan.. tapi best sangat bangun2 pagi tengok baby sebelah aku.. comey nye time dia tido.. boolat demok2.. haih geramnye... nak je aku cubit pipi bambam tu.. penyanyang kan aku hihi.. 

aku suke sangat ngan baby..dulu mula2 takut gak nak pegang baby ni macam2 terbayang. takut time aku pegang terlepas la.. apa la.. sekarang dah pro oo.. dah pandai bagi mandi dah pandai bagi tido... serba serbi la.. bila dia nanges pun dah pandai pujuk.. syok oo jaga baby ni.. haish bau baby memang wangi.. kalau time dia bangun tido tu lagi la... macam nak cium lama2 je.. bau masham2 dia best sangat...  

sekarang dah mula rindu amna la..huhu...xkesah pun sebenarnya kena bangun pagi2 buta wat susu kat dia.. memang agak sakit pala gak la.. sebab memang xdapat tido dengan lena.. setiap 3 or 4 jam sekali dia akan bangun nak susu.. ada hari tu amna bangun pukul 5 pagi then xnak tido dah.. kena layan dia.. sembang2 ngan dia.. awalnye aku bangun tapi best sebab amna dah pandai senyum gelak.. dah pandai wat garang lagi... amna baru 4 bulan je.. tapi berat dia dah 7kg.. berat la... lenguh gak tangan lau dukung dia lama2...

anak sedara aku dah da 14 orang ramai kan.. yang paling besar umur 19 tahun... beza 3 tahun je ngan aku... dalam family aku tinggal 2 orang je yang xkawen lagi... yang lain semua dah selamat.. along ada 5 orang anak, k.lang ada 3 orang anak, Da ada 4 orang anak, acik ada seorang anak dan k.yan pun baru ada seorang... 

achu ni memang garang orang nye...tapi anak sedara aku sorang pun xda yang takut huhu.. selalu kena buli ngan dorg... pernah satu hari tu akak aku tegur anak dia "danial kan ibu dah kata jangan layan acu tu macam acu tu darjah 2" huhu cian aku walaupun umur dah 22 tahun tapi anak sedara aku main2 je ngan aku ni...

aku suka budak2... kalau pandang dorg rasa hilang sekejap masalah.. mesti aku akan fikir.. bestnye jadi budak2 xyah fikir macam2... main makan n tido je dorg.. best kan~... masa kita dah berlalu.. life must go on....so kena sentiasa bersiap sedia dengan segala2 nya yang berlaku.. setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian dia kan2....

meh nak senarai nama anak sedara aku ni...

1) NURUL FARAHANA (19TAHUN)
2) NURUL FARAHIDAYU (17TAHUN)
3) NURUL FARAHATIHRAH (14 TAHUN)
4) MUHAMMAD FARIDDUDIN (12TAHUN)
5) NURUL FARAHALWANI (8TAHUN)
6) MUHAMMAD DINIE (13TAHUN)
7) NUREEN AMNI (10 TAHUN)
8) MUHAMMAD DANNY IMAN (3 TAHUN)
9) MUHAMMAD DANIAL (11 TAHUN)
10) ALYA AZMWANI (10 TAHUN)
11) AUNI LYANA (6 TAHUN)
12) AMNA KHAIRINA (4 BULAN)
13) MUHAMMAD DANISH AMSYAR (1 TAHUN)
14) MUHAMMAD AMMAR (4 BULAN)

see.. aku leh hafal nama penuh dorg sekali umur hehe.. 14 org tu ramainye... lau time raya memang meriah.. tapi lau hari lain sunyi sepi umah ni huhu...



ha ni semua gambar amna khairina.. masa aku jaga amna ni... huhu miss u la dak demok...