ENJOY IT...

Monday 16 April 2012

BANGGA BILA ORANG KATA ANAK EMAK

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Topik "anak emak"
huih ramai kata anak bongsu ni anak emak anak manja
yes I'am.. I admit it..
bangga bila orang kata NURUL HUSNA ni anak emak
tahu kenapa?
sebab mak adalah segalanya.. so kalau orang kata kita anak emak.. memang betul la kita memang anak emak kalau bukan anak emak kita anak sapa ye?
anak bongsu anak manja ye? memang la.. NURUL HUSNA memang anak manja marah sikit dah nangis.. manja dengan muhrim kita xberdosa pun
so manja la puas2 selagi berkesempatan.. 
bagi aku walaupun dari sekolah lagi duduk asrama tapi xbermakna aku pandai berdikari sepenuhnya.. banyak benda jugak aku kena bergantung dengan family
mak masih xmengharap aku boleh buat semuanya
aku xkisah langsung kalau mak kongkong aku 
sebab aku akan rasa lebih selamat kalau mak kongkong aku..
korang pun kalau mak larang korang tak boleh buat itu ini jangan la rasa terkongkong lak ea.. sebab mak kita larang sebab benda yang kita wat tu tak betoi atau salah
mak kita dah jaga kita dari kecik lagi so mak akan tahu apa yang baik dan apa yang tak baik..
sebab mak kita nak kan selalu yang terbaik untuk kita
so kita sebagai anak mesti patuh dan menghargai mereka okey :) 
macam aku setiap masalah yang berlaku kalau boleh tak nak la cite dekat mak sebab tak nak mak risau 
tapi ajaibnya mak kita ni dia secara automatik (cewah hikhik) akan dapat detect yang anak dia ada masalah atau tak.. 
sebab naluri ibu tu kuat.. hebatnya ibu kita
mak kita adalah pendengar yang baik.. dan juga kaunselor yang terbaek
setiap masalah yang berlaku mak mesti dapat selesai 
dan akan menasihatkan agar sabar tenang
syukur alhamdulillah sebab Allah kurniakan seorang ibu wirawati yang terbaek buat ku dan keluarga..
walaupun mak menderita penyakit  kanser hampir 10 tahun tapi mak masih nampak kuat.. mak kuat sebab anak2 nya..
sayang sangat dekat mak.. kalau boleh adik nak hidup dengan mak sepanjang hayat adik..
adik teringin sangat nak balas jasa mak.. tapi mungkin adik tak mampu tapi apa yang adik mampu setiap solat setiap sujud setiap doa adik sentiasa berhajat berdoa agar mak sentiasa kuat dan bahagia serta dirahmati Allah didunia dan diakhirat.. amin..
miss u so much.. I love you so much..




Tuesday 10 April 2012

SINGLE ITU INDAH

بسم الله الرحمن الرحيم



"SINGLE bukan bererti tidak ada yang menginginkanmu"

TETAPI ia sebagai tanda ALLAH sedang sibuk menulis cerita CINTA yang terindah 

untukmu..

subhanAllah...♥♥♥


Kita selalu fokus kepada apa yang kita mahu, dan berdoa kepada Allah agar diberikan apa yang kita inginkan. Apabila Allah belum makbulkan, yakinlah bahawa Dia lebih tahu.

Bila Allah mencintai kita, Dia akan memberikan apa yang kita perlu, sekalipun kita sering meminta apa yang kita mahu.

Bila Allah tidak memberikan apa yang kita minta, bersabarlah. Bahkan, bergembiralah kerana di sana ada CINTA-NYA.


Love is like a butterfly. The more you chase it, the more it eludes you. But if you just let it fly, it will come to you when you least expect it. Love can make you happy but often it hurts, but love’s only special when you give it to someone who is really worth it. So take your time and choose the best…








MENJADI TETAMU ALLAH DI KOTA MEKAH


semoga satu hari nanti aku dapat melakukan ibadat di tempat ini

subahanaallah....
semakin hari semakin membuak2 untuk menjadi tetamu Allah di kota Mekah
duit boleh di cari tetapi masa yang ada tidak dapat di cari
walaupun sekali ingin sangat menjadi tetamu Allah di kota Mekah..
semoga di usia muda ku dapat mejejak kaki dan beribadah di kota suci Mekah..
tidak dapat mengambarkan perasaan yang semakin hari semakin mebuak untuk kesana
semoga dengan izin Allah aku dapat teman kan mak untuk kesana
aku ingin berubah menjadi lebih baik
menjadi tetamu Allah yang diredhaiNYA
doa ku setiap hari adalh untuk permudahkan urusan hidupku agar satu hari aku dapat menjejak kakiku di kota suci Mekah..
subhanaallah.. aku ingin sangat kesana..







Monday 9 April 2012

HIDUP INI INDAH

assalamualaikum..





indah nya hidup ini apabila berlandaskan tuntutan islam..
setiap yang berlaku dalam kehidupan seharian ada hikmahnya
sentiasa muhasabah diri untuk perbetulkan mana yang tidak kena dengan hidup ini
biar kita rasa sakit dahulu kerana sakit tersebut yang akan menguatkan kita untuk hari seterusnya
masalah yang menimpa dapat mematangkan diri seseorang itu
belajar dari kesilapan dapat menjadi kan kita lebih baik
orang sekeliling mampu lihat yang mengubahnya diri sendiri
hidup ini mudah walaupun segunung masalah
selagi iman di dada Allah akan membantu kita
kuatkan lah hati teguhkan iman agar hidup sentiasa di redhai ALLAH.


INDAHNYA WANITA DI SISI ISLAM..

bismilahirahmanirahhim




Perempuan begitu penting dalam kehidupan seorang lelaki.

Jika tidak ,Allah swt tidak akan menjadikan Siti Hawa a.s dari tulang rusuk Nabi Adam a.s sendiri untuk memenuhi rasa sunyinya yang keseorang didalam syurga.

=> Perempuan begitu bererti bagi seorang lelaki, kerana tanpa perempuan:

1. hidup seorang lelaki tidak akan sempurna.
2. tidak akan bertambah zuriat di muka bumi.
3. tidak akan bergelar seorang suami.
4. tidak akan menjadi pemimpin dalam rumahtangga.
5. tidak teman untuk bergurau senda.

=> Kejadian perempuan adalah lemah kerana dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok.
Ini menyebabkan ada kalanya ia sukar dibentuk kecuali dengan hikmah dan kebijaksanaan yang tinggi oleh lelaki yang dapat membimbingnya ke arah kebaikan.

=> Perempuan tidak boleh :
   
 1. menjadi wali
 2. menjadi rasul atau nabi
 3. memberi talak

Tetapi dua per tiga daripada perempuan menjadi penghuni neraka.

=>  Keadilan Allah kepada perempuan :

    1. kelonggaran dalam soal-soal ibadah kerana kedatangan haid dan nifas.
    2. tidak perlu berjemaah di masjid atau di surau.
    3. tidak wajib menunaikan solat Jumaat.
    4. tidak disentuh api neraka,jika ikhlas berkhidmat untuk suami dan keluarganya serta memelihara kehormatan diri dan suaminya.

Banyak lagi kebaikan dan keistimewaan yang Allah beri kepada perempuan yang tidak diberi kepada lelaki ,ini membuktikan betapa kasihnya Allah swt kepada hambanya yang bergelar perempuan, wanita, gadis, isteri, ibu atau nenek ini.


KEDUDUKAN DAN KEMULIAAN PEREMPUAN

=> Allah telah menetapkan kedudukan perempuan adalah di belakang lelaki sebagaimana firmanNya dalam surah an-Nisaa ' , ayat 34 yang bermaksud:

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain dan kerana mereka telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka."

Sebab itu wanita solehah ialah yang taat kepada Allah dan memelihara diri ketika ketiadaan suami sebagaimana yang Allah tetapkan.

Namun tidak bermakna perempuan hanya menjadi pak turut tanpa ada kuasa menyatakan pendirian, pegangan, pendapat atau lain-lain.

Jauh tersembunyi, perempuan sebenarnya dianugerahkan dengan kuasa pengaruh
yang jika digunakan dengan tepat, lelaki bersedia menurut kehendaknya dan memberi segala haknya.

Hal ini ditegaskan oleh Allah dalam firmannya, surah Aali-Imran, ayat 14 yang bermaksud :

  "Dihiasi dunia itu (pada pandangan manusia) dengan kecintaan kepada perempuan".

Sabda Rasulullah saw tentang besarnya peranan perempuan ini ialah :

  "Perempuan itu tiang negara, jika baik perempuan di sesuatu negara itu, maka baiklah negara itu, begitulah sebaliknya."


   KUASA PUJUKAN PEREMPUAN

=>Kehebatan perempuan dalam pujuk rayu tidak dapat disangkal lagi.
    Tidak ada perempuan yang tidak mahir dalam seni ini.
    Kaum lelaki boleh dipujuk dan dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya.

=> Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh lelaki disebabkan daya pujukan wanita :

1. Napoleon Bonarparte dan Josephine.
2. Anthony dan Cleopatra
3. Hitler dan Matahari
4. Samson dan Delila
5. Abu Lahab dan Hendon

=> Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama :

1. Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah serta isteri-isteri beginda yang lain.
2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah.
3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar.
4. dan banyak contoh lagi orang-orang muslim yang lain.


KUASA KEJELITAAN PEREMPUAN

=> Hal ini diketahui oleh semua orang.
Kejelitaan perempuan boleh menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar.

=> Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredhai Allah.


KUASA LAYANAN PEREMPUAN

=> Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu.

=> Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.


KUASA DOA PEREMPUAN

=> Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw :

"Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya :" Kenapa ya Rasulllah ?" Jawab baginda :" Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."


KUASA TAKWA PEREMPUAN

=> Ketakwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah.
Orang yang paling bertakwa adalah orang yang paling dikasihi Allah.
Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.

=> Kuasa takwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada
pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

=> Kekuasaan takwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian menatih, mendidik,memelihara dari kecil hingga dewasa.

=> Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw :

"Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung diudara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya)."


KEKALKAN KEMULIAAN PEREMPUAN

=> Kalau demikian tinggi dan hebat kemuliaan dan kedudukan perempuan,wajiblah dipelihara dengan sebaik-baiknya kerana jika Allah mencabut kemuliaan itu, perempuan akan menjadi amat hina hingga tiadalah tempat lain yang lebih berhak baginya kecuali neraka.

Maka berdoalah kamu..

"Ya Allah, kekallah kami sebagai perempuan yang penuh dengan kemuliaan dan berkedudukan tinggi di sisiMu dan peliharalah kami dari ujian yang tidak mampu kami lakukan dan kami memohon kepadaMu agar diberikan kekuatan dalam melaksanakan kebaikan kepada meraka yang berada di sekeliling kami."

Aamiin ya rabbal ' alaamiin.


PANDUAN UMUM AL-QURAN DAN AS-SUNNAH TERHADAP KEDUDUKAN WANITA

=> Wanita dan lelaki adalah sama dari segi kemanusiaan.
     Mempunyai hak dan kewajiban yang sama dalam melaksanakan tugas-tugas agama.

* Islam menghapuskan tuduhan yang dilemparkan oleh ahli-ahli agama sebelum Islam yang merendahkan kedudukan wanita.

* Islam memerintahkan manusia supaya memuliakan wanita sebagai anak kecil, isteri dan ibu.


KEDUDUKAN WANITA DALAM SYARIAT ISLAM

* Islam menganjurkan supaya wanita diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan/pelajaran yang sama dengan kaum lelaki.

* Islam menetapkan asas-asas institusi keluarga yang menjamin kepentingan wanita.


TANGGUNGJAWAB DAN KEWAJIBAN WANITA MENURUT SYARIAT ISLAM


* Tanggungjawab sebagai hamba Allah
*  Tanggungjawab sebagai isteri
* Tanggungjawab sebagai pemimpin yang membantu suami dalam urusan rumahtangga
* Tanggungjawab sebagai pendidik generasi akan datang.

Sunday 8 April 2012

ISLAM ITU INDAH

ASSALAMUALAIKUM




sekian lama tidak meluahkan dalam blog ini.. 
hari ini terasa ingin mencoretkan sesuatu...
lumrah kehidupan.. manusia sememang tidak sekuat mana.. 
walaupun orang sekeliling tengok diti kitA kuat tabah tapi hakikat dalamnya hanya diri sendiri dan Allah je tahu.. 
sekuat mana pun manusia kita akan akan tersungkur jugak.. itulah hakikat hidup.. 
kita tidak dapat lari masalah kesusahan..
 kelemahan manusia tidak dapat ditutup jika kita tidak bertaubat..
 belajar dan terus belajar untuk meneruskan kehidupan ini.. 
sesungguhnya aku sendiri tidak sekuat mana.. 
tapi aku sentiasa belajar dan mengubah untuk menjadi muslimah sejati..
 pintu taubat sentiasa terbuka bagi umatNYA yang memerlukan.. 
aku sering kali menangis ketika solat.. mengadu pada Allah yang Maha Mendengar Maha Mengetahui... kesusahan apa sekali pun dapat diselesaikan... 
Allah menguji umatNya kerana DIA ingin kita sentiasa dekat denganNYA.. 
aku insan yang sangat lemah.. tapi cuba kuat untuk mencorakkan kehidupan yang lebih baik..
 aku tak nak hidup dalam kerugiaan... 
ISLAM ITU INDAH.. 
lagi banyak kita mengenali islam lagi indah hidup kita.. 
SUBBAHANALLAH...