ENJOY IT...

Thursday 7 August 2014

I love it!!!

Assalamualaikum

Haippp rajin kan aku update sekarang hahaha sebab internet laju lepastu aku boring sangat2 xtau nak buat apa so tab internet dan aku xdapat dipisahkan buat masa sekarang xda benda alah ni aku boleh mati kutu haha sebab aku bukan seorang yang suka tengok tv kalau aku tengok setakat sekejap2 tu boleh la kalau nak fokus lama2 tu xla. Tupasal kalau tengok wayang aku senang tertidur hahaha.

Ok aku nak share kata2 yang boleh buat aku rasa calm down, positif dan gembira sebab kata2 dia ajaib. Aku suka printscreen or screenshot ke kalau benda or ada kata2 yang menarik. Kalau tengok tab aku dalam gallery mesti korang serabut macam belacan macam2 ada folder berlungguk haha.
















Tuesday 5 August 2014

Salam Aidilfitri 2014

Assalamualaikum

wah2 dah raya ke berapa dah ni. Belum terlambat lagi kan nak wish " SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA READERS OR SILENT READERS OR SEMUALAH YANG MENGENALI SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK"  mohon maaf atas segala kesilapan terguris hati terkasar bahasa ye... kosong-kosong.

Syukur alhamdulillah tahun ni one big family dapat berkumpul di rumah mak. Semua balik raya tahun ni dari kelantan, kedah, perak, sarawak, n penang along k.lang Da acik k.yan k.imah and abg2 ipar kakak2 ipar anak2 buah alhamdulillah. Sangat happening walaupun kelam kabut.hehe..

Suasana raya ni paling best bila dapat dgr takbir raya masa malam raya sambil anak2 buah main bunga api pastu mak2 kat dapur isi kuih dalam balang anak2 dara susun pinggan.. eh kiranya macam best la pastu borak sampai ngantuk.. suasana ni dapat bila semua balik je kalau x tinggal aku ngan mak je..huhuhu

One more thing, bangun awal pagi siapkan juadah untuk makan sunat hari raya pastu mandi sunat hari raya, dengar lagi takbir sebak wei nak nangis je kita kat sini mampu lagi sambut raya nun saudara kita di Palestin nak dengar takbir pun belum tentu dapat asyik di bom je..

After solat sunat hari raya kumpul adik beradik salam bersalaman minta maaf peluk cium semua cukup dan minta duit raya hehehe, tahun ni masih di beri duit raya harap tahun depan dapat beri mak anak2 buah duit raya pulak..

Secara keseluruhan nya hari raya ni lebih kepada meraikan sebulan berpuasa tapi bulan paling tenang rileks bahagia bulan puasa la rasa tenang sangat boleh buat solat terawih berbuka dengan juadah yg sederhana.. eh memang sedih bila ramadhan tinggalkan kita kan, tapi jangam stop buat ibadat pulak lepas bulan ramdhan tau, ibadah ni sepanjang hayat ye sama2 kita ubah dari yang xberapa baik kepada yang lebih baik. 

Ok sekali lagi tuan kedaung blog ni nak mohon maaf bebanyak kepada semua, aku insan yang sentiasa xsempurna di mata orang tapi sentiasa mahu yang terbaek bukan untuk diri sahaja tetapi untuk keluarga, agama, bangsa dan negara In shaa Allah mudah2an Allah berkati kehidupan kita, sentiasa dimurahkan rezeki dikurniakan kesihatan yang baik diberi kebahagiaan dunia akhirat dan menjadi khalifah yang soleh dan solehahah amminn mudah2an.

Dah penat jari ni pot pet jom tgk gambar.

p/s aku dalam blog ke chat ke mmg rancak sembang tapi bila berdepan mulut terkunci kalau xrapat hehe. So, kalau org judge aku ni sombong aku xkisah sebab agak sombong a.k.a pemalu hehe

Bersalam salaman hehe
Nangis oo sebak sebab dosa banyak aku ni huhu

Satu family potret miss you already huhu

Kami xkacau orang kami happy. Weeee

Achu dan anak2nya hehe

I love kids so much

Tuan kedaung blog nak jugak hehe

Hajat

Assalamualaikum

Alhamdulillah syukur sangat sebab dalam tahun ni ada beberapa hajat or checklist yang ingin di capai sudah di capai. Kadang- kadang fikir eh ak ni sebenarnya boleh cuma perasaan negatif sentiasa ada dalam diri. Bila nak lakukan sesuatu mesti kena positif dulu tenang alhamdulillah kejayaan di perolehi. 

Nak tahu x apa checklist kite tahun ni? Hehehe

1) Nak siapkan report practicum.
(sebab apa checklist sebab aku rasa pada masa tu report ni sangat susah dan mampu ke aku lakukan, alhamdulillah sudah berjaya. Awal2 tahun aku dah hadapi kesukaran bagi diri aku sebab terlalu negatif pada diri memikirkan adalah aku boleh atau tidak.)

2) Nak dapatkan lesen motor.
 (Ok hajat ni dari tahun 2009 kot, fobia aku dengan jalan raya ni dari umur 10 tahun xhabis2 lagi. Takut nak melintas jalan raya. bab ambik lesen ni aku betul2 paksa diri beranikan diri dan sentiasa tanam dalam diri kata perasaan itu dikawal, takut itu boleh dikawal, alhamdulillah x sampai sebulan aku lulus lesen motor. Syukur ya Allah. Aku dah berani bawa motor, dah berani bawa motor gi jalan raya traffic light or lintas jalan ke dah berani, so aku bukti dekat diri aku dan orang sekeliling aku yang aku bukan seorang yang lemah, ketakutan bukan faktor dalam diri aku hehehe macam fear factor pulak kenss)

3) Nak dapatkan lesen kereta.
(Bab ni aku macam rileks sikit pada mulanya sebab aku fikir bawa kereta senang tapi ya rabbi hari2 nangis oo nangis sebab kena marah dengan cikgu sebab badan tangan kaki terlalu keras hahaha bawa keta macam robot takut dia melebihi segalanya. setiap kali nak gi belajar kereta mesti sakit perut ulang g tandas 4 5 kali xlega2 selagi xhabis belajar. Kalau dapat cikgu yang baik xgarang ok aku boleh bawa dengan tenang tapi dapat cikgu yang garang aku akan jadi kelam kabut huhu so hampir sebulan lebih jugak nak test jpj sebab aku banyak skip kelas bukan malas sebab kena teman mak g rawatan hospital dekat kelantan. Alhamdulillah test jpj 20/07/2014 aku sesi ke-5 no 29 calob terakhir tu jpj pun dah malas penatkan bulan puasa ptg pulak tu. petang baru test takut dia rasa macam nak tunggu result final exam hahaha ketaq satu badan muka pucat tambah lagi masa tu bulan puasa pastu dapat jpj yang garang gilosss tgk muka aku pun xnak huhu aku nangis lagi tapi dengan jiwa semangat yang kental mak kat rumah baca yassin buat solat hajat dhuha semua mak buat nak bagi semangat kat aku hahaha takut dia lebih dari nak kawen hehehe. Alhamdulillah lulus lesen keta. Yeayyyyy hajat tercapai, syukur alhamdulillah. I.m happy).

4) Hari jubah.
( bab ni aku nak sangat sebab memang dari kecik lagi teringin nak pakai jubah ambil gambar baling2 topi dan ada la angan-angan nak ada someone special selain family datang nanti bagi bungee hehe boleh x tapi tu angan je belum pasti ada kan huhu. Tapi xpe ada family pun dah ok. insyaAllah bulan 11 ni kot hari jubah belum pasti lagi tapi berharap tahun ni la sebab tahun depan nak hajat lain pulak hehe)

Ok tu je hajat tahun ni alhamdulillah 3 hajat dah tercapai dengan jayanya syukur sangat. Akan aku jadikan tahun ni sebagai tahun yang bertuah bagi aku mungkin boleh jadi bonus kalau benda yang di angan2 kan tercapai jugak. Sapa tau kan3. Awak????? Doakan ye huhu.