ENJOY IT...

Friday 14 December 2018

Trip Hatyai with frens

Assalamualaikum

Hollaaaaa

Sawadikaa

Ececeeee... alkisah plan dengan kengkawan U ni dah lama tapi macam sepantas kilat ja tuptup dah sampai tarikh yang di bincangkan.. bincang pun sangat mudah just buat group wassap... sorg decide semua setuju then follow the flow je.. rasa mudah sangat. Walaupun risau jugak sebab pergi negara orang walaupun dekat cehh je tapi tetap berdebaq ya la girls only ok.. tapi alhamdulillah semua dpermudahkan tanpa ada sebarang masalah..

Lama dah dorg ajak aku travel sebelum2 ni pun tapi aku menolak sebab banyak kekangan masa. Tapi trip to Hatyai big NO untuk tolak. Walaupun dah plan lama tapi aku sendiri xbagitau sesiapa sebab risau takut xjadi or xdapat join trip ni. Lagi seminggu nak pergi baru aku gtau betoi2 dekat mak n kakak2 aku. Walaupun soal siasat bertubi2 aku dengan tenang jawab satu persatu. Kerisauan dorg macam aku nak g berperang hahaha... nasihat jangan cerita la berbuku2 tapi aku still cool hahaha xmau stress2 sebab trip ni aku anggap trip yang santai enjoy n nak g makan2 ja..

Start perjalan dari 5.12.2018 - 9.12.2018

5.12.2018

Ok first time aku naik komuter KTM  sorang2 main redah ja google segala perjalanan. Simpang Ampat ke Arau tiket lebih kurang RM9.40 dia xdirect so kena berhenti ke KTM Bkt Mertajam tukar Train ke Arau... alhamdulillah masa Rabu weekdays org xramai so ada kerusi boleh duduk.. kalau weekends nahh kalau sejam perjalanan sejam la ko berdiri nak... Sampai di Arau Cik Ton n Cik Nab dtg ambil terus ke Homestay NZ Falah n Tour.. homestay Cik Ton la tu.. dia bagi kteorang stay sebelum keesokkan harinya nak bergerak ke Hatyai.

6.12.2018

Kteorang bertolak ke Hatyai lebih kurang pukul 9 lebih sikit la sebab kteorang g breakfast dulu. Sebelum sampai border Padang Besar gi tukar duit dulu. Mata wang  Malaysia agak jatuh so kalau nak shopping tu agak mahai la.. setakat nak makan2 n jalan2 ok la.. selepas tukar duit beratur nala punya lama lebih kurang sejam kot proses dia untuk cop n declare kenderaan. Orang agak ramai masa tu. Ye la cuti sekolah kan.. xkira weekends or weekdays org still ramai.  Settle segala alah tu kiteorang terus gerak ke Hatyai singgah ke kedai handphone untuk beli simkad. Memandang kan kita konvoi 2 bijik kereta so beli simkad pun 2 la n buat hotspot je. 1 simkad plus kredit lebih kurang 100 baht boleh call free number member tu n internet unlimited sangat berbaloi. Then terus lunch di Katod Decha restoran yang sangat femes macam ibarat orang Malaysia g sana wajib lunch di situ. Makanan dia not bad la murah berbaloi n sedap. Service dia pun mesra pelanggan n cepat. Lepas makan terus checkin Hotel.

Details hotel kteorg Mira booking dekat agoda lebih kurang sebulan sebelum tarikh.

HOTEL HADYAI GOLDEN CROWN
STANDARD ROOM 
2ROOM 2NIGHTS
TOTALS = 3676.76 BAHT ÷ 6

Hotel Hadyai Golden Crown


selepas checkin kteorg rehat sekejap solat pastu terus kua jalan2. Tempat pertama kteorg pergi Cable Car. Dekat situ just ambil gambar ja nak naik cable car masa tu dah tutup. View dekat situ cantik so ambil gambar bebanyak ok. Then terus ke Big C merayau xshopping apa pun hahaha just buang masa. Then balik hotel just parking kereta terus naik tuk tuk ke Asean Night Market. MasyaAllah ramai umat manusia wei. Tapi best kat situ syurga makanan wei macam2 ada.. boleh mabuk tgk makanan semua sedap n menarik. Harga sangat berpatutan. Pas makan shopping2 then ambik tuk tuk terus balik hotel. So naik tuk tuk pergi balik sorg 40baht. Then solat mandi rehat tidur.

Nik, Mek na, Mira, Che Ton, Me

Cable Car






Asean Night Market
7.12.2018

Selepas solat subuh kteorg bersiap2 untuk breakfast di Restoran Kak Sah. Macam tempat wajib jugak bila pergi Hatyai. Tapi sejujur makanan dia xbest sangat hahaha harga pun biasa2 ja xmahai xmurah. Then terus perjalanan ke Songhkla. Ke Samila Beach untuk bergambar dengan duyung. Beli ais krim kelapa. Then terus ke Zoo Songkhla. Bestnya zoo di Thailand ni boleh bawa masuk kereta so xperlu terkedek jalan kaki. Masuk dia harga mampu milik xsemahal Zoo Negara tu. Cumanya time kteorg g tu hujan so binatang byk berteduh. Tapi pengalaman yang best la. Xletih sangat boleh rileks2 sambil tgk binatang flamingo pun ada tau. Then terus cari tempat solat then ke Klonghea Steamboat. Syurga makan jugak dkt steamboat ni ya ampun makan sampai pengsan huhuhu. Makan selagi mampu. Bayar lebih kurang 300baht lebih kurang RM30++. Ang nak apa sotong udang ketam segala maneka siput. Ayam daging ehhhh memang heaven la. Nasi goreng mee keowteow segala buahan kerabu megi ayam mangga. Air berjenis2. Makan sampai pengsan tapi makesure habis kalau x kena denda uolls. Habis makan terus ke floating market. Di sebabkan kami terlampau kenyang so kami just jalan2 n beli air dalam tembikar ja. Then terus balik ke hotel. Singgah 7e beli roti. Balik bilik solat mandi n tidur.


Samila Beach




Zoo Songhkla

Ni review dari Siakap Keli aku screen shoot ja.. majoriti orang Malaysia je makan kat situ








Floating Market


8.12.2018

Sarapan di Tamrab Muslim. Oh di sini ada tragedi sikit hahaha handphone aku tercicir. Tapi alhamdulillah dekat sini almost Malaysian. N handphone aku ada cover gambar aku so ada abang ni jumpa then di tengok sorg2 muka kat kedai tu then jumpa dengan aku dia pulangkan huhuhuhu. Alhamdulillah syukur. Pliss datang Hatyai pergi sarapan di Tamrab ni makanan murah n sedap kena dengan tekak. Pelbagai makanan heaven...  selepas makan kami balik Hotel park kereta naik tuk tuk ke morning market. shopping serba sikit then balik bilik kemas barang checkout ngam2 pukul 12 tghari. Tapi kereta tinggal di Hotel dulu. Pergi lunch di Salma Restaurant. Tempat parking terhad so better naik tuk tuk ja..  selamat n jimat lebih kurang 20baht ja sorg. Salma Restaurant wajib pergi makanan dia superb sedap tomyam dia mabeles harga berpatutan. Layanan terbaik. So apa mau lagi. Semua sedap2 n plus lapar kan so sekejap semuanya lincin. Lepas makan terus ambil kereta bergerak pulang ke tanah air terchenta. Singgah di Tesco Lotus dulu. Oh ya kebanyakkan barang viral seperti susu tea pot bedak ponds better beli dia tesco harga lagi murah. 7e ok jgk tapi harga tesco lebih murah. Sepanjang perjalanan ke Hatyai n Songkhla belambak ya ampun 7e. Ibarat kedai runcit dorg la tu.

Morning Market

Restaurant Salma



Ok finally siap aku karang hahaha... panjang berjela. The best moment bila kita dengan kengkawan yang sekepala boleh bergelak ketawa. Seronok sangat lepas rindu dengan dorg yang dah lama xjumpa tu. Semoga ada rezeki jodoh jumpa lagi. Terima kasih untuk pengalaman ini. Enjoy dengan gambar2 kteorang ok. Much love... Una


Enjoy the video. Credit to Nik Syukriah

Sunday 6 May 2018

Family ber BBQ

Assalamualaikum

Hai uolls

Tetiba ter'rajin' nk update je.. haha nak clearkan phone ni gambar2 byk sangat iolls rimas

Lately ni asyik sibuk je so nak gather with family members agak terbatas. Walaupun sibuk macam mana we decide nak jugak buat makan2 sebab tahun ni xpernah jumpa reramai lagi mesti ada ja yang xdapat balik. Ni pun ada ja yang xdapat balik along nun jauh di Kelantan. Cuti di bekukan since pilihanraya dah dekat. Its okay nanti raya kita repeat lagi ok.

Penat ya rabbi sebab buat semua last minute but we enjoy it and happy tummy also hehe

Walaupun kita jarang jumpa adik beradik.. harap ukhwah silaturrahim antara kita adik beradik tak kan terputus. Sentiasa ada di saat susah senang. Sentiasa mendoakan, tolong menolong dan menyanyangi each other gitueww hehe. Keep in touch okay. Much love haha.

Lets skodeng the gambars.

Kek coklat kukus made by k.imah n aku tolong2 ja haha

Kek besday april sponsor by k.lang n abg sham

Aiskrim choki2 yang orang lain berkurun dah buat.. aku baru nak buat. Alhamdulillah Allah bagi sedap.

Bbq time. Walaupun hujan lebat guruh berdentum alhamdulillah dipermudahkan. Acik  sponsor arang. Orang kuat bbq a.razak acik n abg  zul.


Jenuh makan wei huhuhu

Hidangan lengkap ya rabbi terliur sudah. Di sebabkan perapan bbq yg sedap tu.. aku yang xmakan kambing pun jadi nak makan.. makan with sos lada hitam n sos mushroom. Terangkat wei subbahanaAllah Allah izin bagi sedap. Credit to k.imah sebab dia peneraju buat bbq ni semua dia settle dari beli barang sampai la buat sos n perap.

Family members jenuh makan. K.yan buat bihun Singapore. Da sponsor puding roti and tart coklat. Aku goreng nugget kahkahkah paling simple.

 Som tam made by bil a.razak


Oh ya credit to my ank buah Dinie photographer for the nice photo. Gambar and video lelawo tu dia yg ambk.... gambar kelabu asap tu aku le ambk.. guna phone cap ayam aku tu haha






Donut Gebu Gebas Tanpa Uli

Assalamualaikum

Hai uolls.. bertemu kembali
Kali ini iolls nak kongsi resepi donut yang gebu tanpa di uli berejam2.

Resepinya


Bahan A

1 paket yis kering
2 sudu makan susu pekat
2 sudu makan gula
1 cawan air suam



* campurkan kesemua bahan kacau bagi gula larut  dan biarkan seketika sehinga berbuih

Bahan B

4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam
2 sudu makan planta


* gaulkan kesemua  bahan2 tersebut sehingga menjadi seperti serbuk roti

Campurkan bahan A dan B adunkan sehingga sebati dan biarkan seketika sehingga doh naik menjadi 2 kali ganda




Setelah itu boleh la di canaikan dan tekap dengan acuan donut


Biarkan seketika sebelum menggoreng supaya donut tersebut naik seganda lagi.

Goreng dengan minyak yang banyak dan api yang sederhana
Setelah siap di goreng gaulkn dengan gula halus.

Tadaaa siap nampak xlawa tapi sedap gebu.

Selamat mencuba uolls

Tuesday 2 January 2018

Info Chicken pox

Assalamualaikum...

Hai uollss

Alhamdulillah masih di beri kekuatan kesihatan yang baik untuk teruskan kehidupan di bumi barakah Allah.

P/s sebernanya post ni aku draft dah lama.. masa lepas sembuh demam campak. Sekarang baru teringat nak publish hehehe...

(hujung bulan 10/2017)... iolls kena demam campak uolls... weiiii ingatkan dah pernah kena masa kecik2 dulu rupanya dulu demam sekam ruam gitu ja.. before kena tu aku jadi misiku kuza jaga ank buah aku 2 orang demam campak.. after 2week kot aku pulak terkandas kena sakit dia ya rabbi Allah maha mengetahui.

Dah lama xnangis kali ni memang nangis sebab xtahan sangat sakitnya huhu. Masa jaga anak buah memang doa Ya Allah kalau boleh jangan la bagi aku demam campak ni tapi dalam hati mesti akan kena ni sebab campak ni berjangkit. 

Hampir setiap hari aku dengan dorang ja.. bagi mandi suap makan semua la.. kalau kena jugak aku redha ya Allah..
Then... memang aku kena huhuhu...

Simptom2 sebelum demam campak untuk diri aku..
1) ulser mulut 
2) sakit tekak yang perit
3) sakit urat 
4) sakit2 badan sakit belakang badan jadi lenguh2
5) demam on off sat ok sat demam balik dan selesema hidung berair
6) ada bintik berair dekat badan ingatkan ruam buat dekk je sebab musim panas then baru balik dari Teluk Batik.
7) dah syak demam campak sebab pernah baca kat internet simptom demam campak semua di atas tu memang simptom demam campak dan aku alami. 


And finally, Allah bagi rasa sakit demam campak.. Alhamdulillah Allah jua bagi kesembuhan.

Rawatan demam campak

Masa mula2 kena mak bagi minum air kelapa. Lepas minum tu macam magik sekejap badan xsakit2 dah. Tapi cuma seketika pastu sakit balik. Makan ibuprofen ingat demam biasa2. Dekat sepapan habis ibuprofen tetap demam on off jugak.. demam suhu yang tinggi. Menggigil badan2 ni.. seram sejuk ja. Selera makan terus drop sebab mulut tekak dah penuh ulser. Teruskan dengan minum air kelapa. Lepas kali kedua minum zapppp bintik2 penuh badan. 

Hampir seminggu bintik2 campak tu kua bermula daru bdan naik kepala turun ke kaki. Bila dah sampai kaki kira hampir sihat la tunggu nak hilangkan parut ja. Tapi sebelum habis keluar campak tu memang menderita. Selagi xpi klinik or hospital memang akan menderita la sakit tu. Masa 4hari dah kena still xpergi klinik lagi. Siap mak suruh pak cik minta air tawar dekat ustaz lagi sebab betul2 lemah dah tapi still sakit jugak. 

So hari ke 5 pergi klinik doktor check rhen bagi ubat makan n sapu dengan asbabNya alhamdulillah dah xdemam dan badan2 pun xsakit dalam mulut pun dah xsakit. Syukurrrrr. So apa2 rujuk doktor ya. InsyaAllah Allah bagi kesembuhan tu.

Ok kat bawah ni aku share gambar ubat2 yang patut di makan bila kena demam campak. Moga dapat membantu korang2 yang mengalami campak. Jangan risau demam campak ni xserius pun cuma kena cepat bertindak cari penawar dia. Plisss korang kalau demam campak jangan keluar rumah kuarantin ok. 

Then makan tu pantang benda gatal2 elakkan dulu. Jangan bagi kena hujan. Yang lain ok ja enjoy. Allah bagi sakit mesti ada penawar n nak bagi kita rehat.




Minum air kelapa yang fresh tau tanpa campuran gula






Bengkak teruk... sakit ooo kenangan hihi


Krim agak ajaib hehe.. terbaik untuk hilangkan parut selain bio oil.. 

Dari hari 1st hingga hari ke 8 rajin sapu krim herbal shaklee hilang la parut kalau malas hurmmmm kekal abadi mungkin parut tersebut haha

That it semoga manfaat uolls