ENJOY IT...

Monday 25 October 2021

FAMILY DAY 2021

 Assalamualaikum


hi guysss....

Alhamdulillah.... tahun ni dapat buat family day walaupun ada yang xdapat join.. sebelum PM umum rentas negeri lagi kami plan nak berkumpul gather2 sebab lama sangat xjumpa.. siap ada yang plan nak buat surat polis untuk rentas negeri lagi asalkan dapat jumpa.. alhamdulillah PM bg kita semua rentas negeri selepas peratus vaksin melebihi 90%.

plan family day kalini hanya untuk santai2 rehat2 dan makan2 ja.. xdak aktiviti berat2 pun sukaneka ka apa xda... kanak2 anak2 buah dorg enjoy sangat dapat mandi kolam.. tempat yang kami pilih pun sangat mesra kanak2 dan dekat ja.. tak pi jauh2 pun..

ok ni details yang korg pun boleh survey untuk booking untuk berehat or buat family day dekat tempat ktorg menginap ni..

FARMSTAY RELAU


Alamat: LOT 1014, KAMPUNG PAYA SEMAMBU RELAU, 34950 BANDAR BAHARU KEDAH

maklumat lanjut korg boleh follow fb FARMSTAY RELAU

https://www.facebook.com/farmstayrelau


18/10/2021 / ISNIN

CHECKIN 2.30 PETANG

pakat2 sponsor makanan sorg sikit...



the best nasi kerabu ever by my kak long.. sedap gilaaa....



anak2 mandi kolam sepuas hati.. start checkin 2.30 petang sehingga 10 malam boleh mandi.. then keesokannya seawal pagi boleh mandi lagi sehingga checkout


aktiviti petang
boleh bagi makan ikan.. ada ikan talapia dan ikan patin.. ada kandang rusa jugak..



payung dipayung oleh a.sham n k.lang.. tqqqqq

bbq time.....

19/10/2021 / SELASA

WALKING2 PUSING KAMPUNG RELAU

HIKING ROYAL HILL WITH SIBLING
bukit ni dekat je dengan farmstay... track dia cantik..
 the middle of hill will see view of farmstay



checkout time
12.00 tengahari







will meet again... 


























Saturday 9 October 2021

COVID FIGHTER

 Assalamualaikum.....

                                          

alhamdulillah... syukur di beri nikmat kehidupan sekali lagi... virus covid masih ada di dunia ini. hampir 2 tahun kita semua hidup dalam keadaan pandemik. nak tak nak kena hadap kan.. rezeki ujian kali ini aku di uji dengan di jangkiti covid 19. alhamdulillah Allah izin untuk aku survive lawan virus ni. syukur ya Allah. walaupun kesan selepas covid ni kadang buat aku dan semua yang kena jangkitan tak selesa tapi tetap bersyukur di beri nafas lagi.

sejarah atau kronologi di jangkit covid 19 ni bermula abang ipar adalah seorang frontliner berkerja sebagai pegawai imigresen yang menjaga tahanan PATI. di jangkiti di tempat kerja. alhamdulillah kami bertindak awal untuk tidak menjangkiti orang lain. kami kuarantin sehabis baik setelah dengar abang ipar menjadi kontak rapat tempat kerja. sebelum di swab test lagi kami dah berkurung di rumah. 

selepas abang ipar di swab test dan keputusan positif kami serumah sudah siap sedia kuarantin dan tunggu masa untuk di swab test. alhamdulillah swab test pertama kami negatif kecuali anak buah Iman berumur 12 tahun di sahkan positif. alhamdulillah dia sangat survive tiada sebarang gejala dan sihat sentiasa. selepas 10 hari swab test pertama kami di kehendaki untuk swab test kali kedua 2. malangnya kali kedua..aku n kakak aku positif. kami memang bergejala seperti batuk deman sejuk mengigil selsema sakit tekak hilang segala deria rasa dan bau. agak tertekan tetapi cepat bertindak dengan sentiasa berfikiran positif.

main point untuk covid fighter tolong POSITIFKAN FIKIRAN jangan over thinking. cepat2 ucap syukur alhamdulillah sebab kita di uji. cepat2 redha dengan ujian ni. bila kita set otak yang kita yakin kita boleh survive insyaAllah pasti kita boleh lawan segala virus yang ada dalam badan kita ni. 

aku bercerita berdasarkan pengalaman aku sendiri di mana aku sangat over thinking. jadi anxiety sampai satu tahap tekanan darah naik dan tak boleh tidur langsung 2 3 hari. sangat stress. terlampau baca yang negatif ja. sikit2 google and baca yang covid sangat teruk dan xboleh rawat. sedangkan berjuta manusia dah survive dan dapat hidup sihat. tolong covid fighter sebarkan segala kebaikan yang ada supaya pesakit lain dapat survive dan kembali sihat. kita boleh lawan dan kita boleh sihat.

ini antara journey aku sebagai covid fighter...



di bawah ni aku sertakan segala ubat-ubatan dan rawatan yang aku buat dan amalkan.

aku xsuka minum air bergas tapi sebab selalu sakit perut cirit birit so aku memang minum air 100 plus setiap hari for energy jugak..simptom covid ni salah satu memang akan cirit birit.

air lemon memang jadi minuman wajib. setiap hari without fail gitu hehehe.... kalau sempat aku rendam jugak bunga cengkih.. segala petua yang ada memang aku ikut.. bagi ubat selori pun aku telan.. walaupun sebelum ni aku xsuka makan ubat..

ni ja ubat aku makan.. ubat batuk plus selsema dan ubat deman.. selagi rasa deman batuk makan ja ubat. insyaAllah akan sembuh.. coolfever ni bila suhu tinggi sakit kepala memang membantu jugak.. 

supplemen yang aku makan ni rasa membantu jugak.. sejenis manusia yang xsuka makan vitamin apa semua ni tetapi sejak pandemik mmg habis sebotol vitamin tanpa expired date.. selalu rajin beli tapi xrajin makan.. sekarang alhamdulillah dah rajin setiap hari.

air masak tolong minum sebanyak yang boleh... sehari 2..3 liter pun tak pa.. biar berulang pergi ke tandas..

alatan ni sangat2 penting dan wajib bila kena covid dan kuarantin di rumah.. sebab KKM dan mysejahtera akan pantau kita setiap hari 2kali. kita kena isi form di mysejahtera tetang tahap kesihatan kita. 

listerine ni betoi2 membantu.. kumur sekerap yang mungkin untuk mengelak dari sakit tekak dan ulser..

selain dari gambar2 di atas aku rajin minum madu suam setiap pagi bagus untuk aku sebab kahak senang nak keluar.. selain tu rajin2 hidu cuka masak.. spray di tapak tangan tarik nafas dalam2 dan hidu.. cuka ni tajam bau dia.. dapat memulihkan deria bau jugak... 


ohhh ya aku ingin ambil peluang di ruang blog ni untuk mengucap jutaan terima kasih dekat seluruh ahli keluarga atas segala doa dan bantuan dari segi ubat2an juga makanan. jiran2 yang baik yang setiap hari hulur makanan.. ahli keluarga jemaah masjid surau yang sentiasa buat bacaan yassin dan doa.. terima kasih semoga segala kebaikan anda di balas dengan penuh rahmat dari Allah..

untuk frontliner KKM terima kasih atas segala keprihatinan anda terhadap kami semua. CAC terima kasih sentiasa menyantuni kami bertanya tahap kesihatan. unit penyiasat kesihatan doktor2 sentiasa ambil berat.. alhmdulillah journey covid fighter di permudahkan dan dapat survive dengan baik.

kepada pesakit covid di luar sana kita adalah pejuang. terus berjuang kuatkan semangat lawan sehabis baik kita boleh kita kuat. yakin Allah sentiasa bantu kita. jangan stress doa banyak2 jaga makan minum makan ubat insyaAllah akan sihat kembali.


gamabr di bawah antara moment sepanjang journey covid fighters... enjoy guys...

tempat swab test


tempat pakai gelang pink gelang azimat sepanjang kuarantin







semoga kalian semua dilindungi di beri kesihatan yang baik.. hidup dalam keadaan penuh keberkatan...