ENJOY IT...

Sunday, 7 June 2020

Raya Covid 2020

Assalamualaikum......

Hai semua... lama dah kan menyepi... banyak kenangan pahit sepanjang tahun 2020 ni... tapi alhamdulillah banyak jugak nikmat Allah bagi.. nikmat kesihatan yang baik adalah nikmat paling di perlukan oleh semua orang. Alhamdulillah terima kasih Allah atas segala nikmat ini. Allah ambik mak pada waktu yang tepat hikmah dia mak xperlu hadap semua virus2 ni mak seorang yang berisiko tinggi. 

Raya tahun ni tanpa mak juga tanpa adik-beradik lain. Sakit rindu ni Allah ja yang tahu. Pedih hati ni Ya Allah. 

Nikmat PKP tahun ni puasa yang sangat menenangkan dapat berjemaah tarawih dapat solat berjemaah dapat khatam Alquran. Nikmat paling yang aku nak sangat2 setiap kali puasa. Alhamdulillah tahun ni aku dapat khatam alquran dalam bulan puasa Ya Allah terima kasih. Dapat sediakan juadah berbuka dengan kakak aku. Persiapan raya yang sangat simple xdak beresak2 ke mall pakai apa yang ada ja. Seronok sangat. Dapat solat raya dengan family kakak aku. Banyak nikmat walaupun dalam keadaan keterbatasan. Hubungan keluarga semakin erat.

Kenangan yang pahit tapi indah. Tahun 2020 yang banyak ajar kita semua erti sabar yang sebenar. Patuh segala tindak tanduk kerajaan untuk memerangi covid19. Terima kasih BARISAN HADAPAN MALAYSIA atas segala jasa anda semua untuk melindungi kami rakyat Malaysia. Syurga buat kalian semua. 

Aku share kenangan raya 2020 dalam blog ini untuk anak cucu cicit nanti. 

Keluarga syurga ku.. mak ayah dalam kenangan

Solat sunat hari raya berjemaah 

Di imankan oleh abg zul dan danial baca khutubah raya

Juadah raya dari adik beradik

Bervideo call setiap hari sepanjang PKP

Raya di sempadan negeri jumpa acik selfie dalam kereta.

CORONA VIRUS PKP PKPB PKPP 2020 MALAYSIA

Assalamalamualaikum

 Copy paste dari rakyat Malaysia di facebook

Di sini saya listkan sepanjang PKP, apa yg org Malaysia buat: suatu hari mesti kt semua rindu mse kne kurung kt rumah hari tu ..😂😂😂

1. Berebut roti gardenia. Macam la roti tu makanan ruji Malaysia.

2. Pakat2 try air dalgona pelbagai perisa. 

3. Ulang nyanyi lagu dlm video "ke sana-ke sini" PM kita. (Sampai anak aku pun nyanyi tu aje).

4. Dah berebut2 pulak menguli roti, sampai yis kat kedai-kedai sold out. Termasuklah biskut marie (utk kek batik), cream cheese Tatura dan agar-agar. Semua nak jadi chef.

5. Bila semua nak jd chef, ada yg masak tak jadi, keluar pulak FB page Masak Apa Tak Jadi.  PM sebut, makin famous group ni .

6.Emosi terlebih tengok kdrama The World of Married Couple pulak. Abis semua benci Da Kyung

7. Sama2 pakat hentam Rohingya pulak kat media sosial. Keluar semua gambar lama yg depa bela lembu kat tiang lampu. Baru la cerita kat Langkawi terdedah sama..Ini termasuklah aktiviti menghentam politician Taiwan yg mengutuk negara kita dulu..Perkataan "Mak Kau Ijo" menjadi terkenal tiba2 di Taiwan hahahah

8. Jadi pencinta alam dh pulak semua sbb suka pokok snake plant/lidah jin/mak mertua, sebab nak tapis udara kononn (aku pun ada hahaha!)

9. Dh semua makin kreatif, reka tali extension face mask pulak..yg kat belakang tudung org pompuan tu, macam2 kaler, style dan butang (dgn aku2 pun beli jugak hahaha).

10. Tiktok challenge yg "Dont Rush" tu, yg berus jatuh2 ke bawah video, org lain menyambut pula. Hehe. 

Moralnya:
Korang perasan tak org Malaysia ni in general homely type bila tgk list ni. Yang viral semua berkaitan aktiviti isi rumah.  Takde masa nak berdemostrasi, berpiket, mengamuk di jalanan kann..kagum lak bila aku fikir2 kan semula. Patut lah ada kawan aku ms belajar kt NZ cakap, dia suka Malaysia sbb laid-back.

Ok kalau ada aktiviti viral yg tertinggal, sila nyatakan di ruang komen di bawah

2020

PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan 

FASA 1: 18 MAC - 31 MAC 2020 
FASA 2: 01 APR  - 14 APR 2020 
FASA 3: 15 APR  - 28 APR 2020 
FASA 4: 29 APR  - 12 MEI 2020
FASA 5: 13 MEI  -  09 JUN 2020 (PKPB) 
FASA 6: 10 JUN - 31 OGOS 2020 (PKPP)

*(PKPB) - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
*(PKPD) - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
*(PKPP) - Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan

Perintah Kawalan Pergerakan seluruh 🇲🇾

📌Tiada solat Jumaat sepanjang tempoh PKP

📌PKP dalam bulan puasa. Tiada bazar Ramadan, tiada terawih di masjid.

📌Tiada buffet Ramadan di hotel-hotel seperti tahun-tahun sebelumnya. 

📌Tiada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tidak boleh balik kampung, tiada kunjung mengunjung.

📌Tiada bunyi mercun, tiada yg cedera akibat mercun. 

📍 Harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter

📍Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.

📍Semua sekolah ditutup dan pendidikan dilaksanakan di atas talian. Kerja sekolah untuk murid dihantar dlm group what'sapp. 

📍Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan. Bersalam tangan ditukar dgn meletak tgn di dada. 

📍Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan. Beratur hingga berpuluh meter ke luar kedai. 

📍 Restoran dan kedai-kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus dan dibawa pulang sahaja. Food rider ibarat cendawan tumbuh lepas hujan. Ada yg kantoi jual rokok seludup dan ketum. 

📍Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.

📍Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.

📍Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta. Aktiviti riadah dan bersenam dalam rumah. 

📍 Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan. Kawasan tumpuan di bukit bintang sunyi sepi yg sblm ini sesak dan padat 24 jam. Ibarat tiada waktu tidur. 

📍Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan. Tp diganti dgn nikah online. 

📍Tiada lagi jemaah di masjid dan rumah-rumah ibadat ditutup.

📍Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu juga tidak dibenarkan.

📍Taman permainan kanak-kanak ditutup.

📍Kekurangan stok penutup muka, gaun,
 dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.

📍Kekurangan alat bantuan pernafasan
 bagi pesakit kritikal.

📍Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan

📍Rak-rak di kedai menjadi kosong.

📍Kilang-kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.

📍Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.

📍Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.

📍Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.

📍Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari jam 5 ptg. 

📍 Jalan raya menjadi kosong sunyi sepi tanpa kelibat manusia dan kenderaan selepas jam 8 mlm. 

📍Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.

📍 Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.

📍Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.

📍 "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang" 

Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 😭😭😭😭

Kenapa saya copy paste status ini?

Kerana, satu hari nanti, status ini akan muncul dipaparan ingatan FB saya dan ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang yang kita sayang.

Nikmat mana lagi yang kita dustai?

Lakukan kebaikan antara satu sama lain  Sayangi antara satu sama lain
Sentiasa menyokong antara satu sama lain

Kita semua adalah satu ! ❤️🇲🇾❤️🇲🇾❤️

#CopyNPaste
#ForMyReference
#StayAtHome 
#DudukRumah 
#CoronaVirus
#Covid19
#StaySafe 
#KitaPastiMenang
#KitaJagaKita
#SocialDistancing 

CNP...akan jd kenangan abadi selamanya.

Tuesday, 19 May 2020

COVID-19 

Peristiwa ini akan terpahat sebagai sejarah penting negara. Hari ini 15 April 2020, sejarah besar dalam bidang pendidikan, selama aku bergelar pendidik telah diumumkan,

🇲🇾 Peperiksaan UPSR dibatalkan
🇲🇾 PT3 dibatalkan
🇲🇾 SPM dan STPM ditangguhkan sehingga Mac 2021

Takkan sesekali aku lupa, setahun sekali FB akan remind. Jika panjang umur, kita akan membaca, mengingati dan mengimbau kejadian ini, walaupun ia bukanlah kenangan manis untuk kita kenang ttp telah menjadi lipatan sejarah buat diriku 😭😭

18 MAC -  31 MAC 2020  fasa 1
01 APR - 14 APR2020 fasa 2
15 APR - 28 APR 2020 fasa 3

Perintah Kawalan Pergerakan seluruh 🇲🇾...

📍 harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter

📍Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.

📍Semua sekolah dan pendidikan dilaksanakan di atas talian.

📍Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan

📍Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan

📍 Restoran dan kedai - kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus sahaja. 

📍Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.

📍Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.

📍Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta 

📍 Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan.

📍Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan.

📍Tiada lagi jemaah di masjid, dan rumah - rumah ibadat ditutup.

📍Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu dibenarkan.

📍Taman permainan kanak - kanak ditutup.

📍Kekurangan stok penutup muka, gaun,
 dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.

📍Kekurangan alat bantuan pernafasan
 bagi pesakit kritikal.

📍Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan

📍Rak - rak di kedai menjadi kosong.

📍Kilang - kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.

📍Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.

📍Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.

📍Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.

📍Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari.

📍 Jalan raya menjadi kosong tanpa kelibat manusia.

📍Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.

📍 Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.

📍Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.

📍 "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang" 

Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 😭😭😭😭

Kenapa saya copy paste status ini?

Kerana, satu hari nanti, status ini akan muncul di paparan ingatan FB saya, dan ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang - orang yang kita sayang.
🤗🤗🤗

Nikmat mana lagi yang telah kita dustai?
Bersyukurlah. Dan sentiasa berterima kasih
Lakukan kebaikan antara satu sama lain - sayangi antara satu sama lain - dan sentiasa menyokong antara satu sama lain

Kita semua adalah satu ! ❤️🇲🇾❤️🇲🇾❤️

Sunday, 8 December 2019

Home Sweet Home

Assalamualaikum....

"HOME IS WHERE HEART IS"


Holaaa... hai uolls... kebosanan melanda.. sambil menunggu magrib jom la aku home tour sikit... aku suka ambik gambar rumah yang telah di kemas... kadang tu sebelum kemas aku ambik gambar.. then lepas kemas ambik gambar then aku buat collage gambar tu compare.. woowwww kemasnya... gitu... macam bagi semangat jugak untuk rajin kemas in future gak.. bila tengok gambar lepas2.. tak boleh jadi ni aku kena kemas rumah ni...  

Then untuk dapat semangat melipat kain pun macam tu jugak aku akan tengok gambar lepas2 gak... tips nk rajin lipat kain selain lepas angkat kain dari jemuran terus lipat adalah dengan bukak lagu... pakai earphone lagi asyik... dia jadi ralit wei.. tengok2 eh dah siap lipat la..  lega dia tu rasa nak lompat bintang wei hahaha...







Macam bahagian dapur pulak makesure sebelum masak dapur dah kemas... so bila masak kita akan behave masak dengan cermat sekali so lepas masak dapur maintain kemas je just lap2 percikan minyak2 ketika masak then basuh pinggan gitu ja...












Macam bilik tidur... aku suka tukar cadar at least 2 minggu sekali.. kalau rajin seminggu sekali... sembur freeze tarik kain cadar tegang2 wei nikmat dia nak tidur baring pun rasa sayang wei...














Kalau ruang tamu aku just sapu2 kalau rajin vaccum celah2 tingkap tempat pengumpulan taik cicak tu... lap2 habuk2... sat ja buat semua tu.. cuma nak kena ada kerajinan ja...











Mop lantai atleast 2 hari skali la ikut la kerajinan angpa.. jangan sampai tapak kaki tu dah hitam baru nak mop... jeling mak mertua...

Ok tu ja la tips yang aku boleh share buat masa sekarang... sebenarnya banyak lagi.. follow je fb kemas rumah with hani.... macam2 tips dorg share.. sonok sangat tengok rumah dorg kemas2.. jeles wei...


P/S ..... rumah ni kemas bila xdak sapa jek... hehehe... bila dh balik ramai... jangan harap la rumah ku syurga ku.... huhuhu... rumah ku tongkang pecah...



Thursday, 5 December 2019

D.I.Y Meja Makeup

Assalamualaikum

Hai uollsss..... ok entry kali ni aku nak share cara aku d.i.y meja makeup bajet punya xguna kos banyak pun.. cuma barang2 kedai eco jer.....

Ok lets kita mendeco...

Ni gambar aku copy dari google... ambik sebagai inspirasi.. ecece..

Hat ni aku design bodo2 sebagai guideline konon...hahaha

Set drill ni aku beli di shoppe.. xdak benda alah ni pun xpa je.. guna hammer ok jugak...

Gambar2 di bawah ni bahan2 yg dperlukan.. aku beli di eco je wei.. aku beli sikit2 sebab barang eco laku keras... so nak kumpul barang2 ni pun agak lama jugak.. tapi worth it la.. puas hati..
|
|
|
♡



 Papan playwood eh betoi ke eja dia hahaha.. aku balut dengan wallpaper.. nk keseragaman... ewahhh

 Gambar sebelum... suram kan.

In progress...

Dah siap separuh... masih suram cermin nak beli xdak stok di eco... laku keras cermin di eco ni..

Siap sepenuhnya... mungkin akan ada pertambahan di kemudian hari...kedudukan cermin macam terlalu rendah nak bersiap kena bongkok kan badan...

Kerusi tu aku beli di shoppe kerusi ikea.. rm19.. bulus2 pelapik kerusi tu dari eco... rm2.10 baloi bukan

Bunga orked tu pun dari eco jugak... eh semua la dari eco.. barang makeup je bukan dari eco hahaha

Which one better right or left... i think left.. cermin menegak... nak bersiap if berdiri nampk jelas without bongkok...

Ok hat ni terbaru aku tambah bulus2 pelapik tu kedai eco jer


Ok that it... semoga bermanfaat... next d.i.y soon... stay tune hahaha...