ENJOY IT...

Monday 25 March 2013

Ketenangan menjadi Kenangan Terindah (PART II)

Assalamualaikum...

continue part II  ^_^

Alhamdulillah bila segala-galanya dah settle kakak aku dah redha dia xdapat pergi.. everything become smooth.... mak aku da janji dengan dia bulan 5 ni dia akan kawen nanti dia akan buat umrah dengan suami dia tambang bahagian dia mak aku akan tanggung.. mak aku kata k.imah mungkin lagi seronok bila pergi dengan suami dia... baru lah air mata aku slow sikit...

Rabu (6/03/2013) aku still pergi kelas pukul 1 petang baru aku naik bas balik rumah... tapi aku tunggu dekat Jitra dulu sebab k.yan ajak balik sekali lebih kurang pukul 6 petang baru lah bertolak balik sampai rumah dalam pukul 11 malam.. sampai je rumah aku tengok barang aku xberapa nak kemas lagi nak kemas badan dah letih so aku pergi la rehat tapi sepanjang malam aku xlena pun sebab takut barang yang nak bawa ada yang tertinggal pastu dengan perasaan yang takut lagi xdapat nak bayang satu benda pun masa tu.. hanya berdebar je dada ni Allahuakbar perasaan yang sukar di gambar kan...

Khamis (7/03/2013) dalam pukul 6 pagi macam tu aku dah mula kemas barang, aku kemas sebetul2nya aku takut sangat kalau benda penting tertinggal... aku kumpul segala doa2 yang kawan2, jiran2, makcik pakcik kirimkan dalam satu beg takut tertinggal nanti susah jugak... pastu terus menghadap laptop siapkan assignment research pastu send dekat member suruh dia tolong hantar kan.. petang masa asar solat asar pastu buat solat sunat musafir doa minta Allah permudahkan perjalanan.. then terus siap-siap, kami bertolak ke Kemunting (rumah pak cik aku) dia ada buat doa selamat dan bacaan yassin...  selepas solat isya kami bertolak ke Taiping pusat cawangan Madin Alsyarif kami para jemaah naik bas ke KLIA... Ya Allah suasana hiba gembira masa tu untuk berpisah dengan keluarga... air mata ni keluar selaju-lajunya semua ahli keluarga menangis.. semua pesan doakan untuk mereka jugak..aku hanya mampu minta dorang maaf kan aku dan halalkan segala-galanya.. sebab masa tu kalau boleh nak mati dekat tanah suci Allahuakbar...


Jumaat (8/03/2013) dalam pukul 4 pagi kami selamat sampai ke KLIA.. wah mengantuk betul time tu tapi perasaan sedih excited melebihi segala-galanya so mengantuk tu terbang ke Madinah dulu hehe... sampai-sampai je aku mak n alya pergi mandi then terus gi surau tunggu waktu subuh.. rehat-rehat dalam surau. dalam pukul 8 gitu kena check beg oleh imigresen bagai pastu pukul 10 lebih macam tu tunggu turn cek passport pastu dalam pukul 11.45pagi flight berlepas. pertama kali naik fligth Allahuakbar sangat la xsuka sakit telinga tekak kepala..ayooo 8jam dalam flight tido bangun makan tengok tv bosan jangan duk kata la... tapi perasaan excited masih meninggi so lebih banyak berzikir selawat je supaya Allah permudahkan segala-galanya... setelah 8jam dalam flight pukul 4petang waktu Madinah dan pukul 9malam waktu Malaysia.. Malaysia cepat 5jam... selamat tiba di lapangan terbang Madinah.. sayu je masa tu.. tapi perasaan bersyukur tersangat-sangat, rasa macam mimpi indah je sebab jasad roh nyawa betul-betul dah ada di tanah suci.. Alhamdulillah syukur... selepas ambik beg semua kami berangkat naik bas terus ke hotel.. hotel kami hanya 2minit je untuk ke masjid Nabawi.. alhamdulillah.. hotel tu nama dia Mawaddah Al Safwa... lepas check in semua rehat solat makan dan tidur selena-lenanya.. tidur di Madinah dan Mekah xpernah nak mimpi apa pun kalau letak je kepala dekat bantal terus lena semahu-mahunya hehe....


tengah tunggu turn cek beg

ready nak berlepas..

jemaah perempuan

jemaah lelaki

wah Malaysia Airlines

gambar visa yang menampak segala lemak di muka huhu

makanan dalam flight sangat xsedap.. erkkk ferro n puding je sedap hehe







alhamdulillah selamat sampai


hotel di Madinah


to be continue part III


No comments:

Post a Comment