Assalamualaikum
Ilmu Perkahwinan ٧; "Didalam urusan pernikahan, Islam menyuruh lelaki mahupun perempuan, untuk mencari pasangan yang baik agamanya dan juga akhlaknya. Namun begitu, keserasian dari segi latar masing-masing, juga turut perlu diberikan perhatian yang sewajarnya. Dan Isteri perlu diperlakukan dengan baik setelah dikahwini."
"Hendaklah tidak diambil kesempatan untuk suami kedekut atau melayannya ala kadar saja, si isteri kerana dia mempunyai hak keatas kamu. Bagi kaum lelaki yang ingin menikah. Allah سبحانه وتعالى sendiri menjamin rezeki orang yang bernikah, dan anak-anak yang bakal dilahirkan juga. Wahai pasangan yang ingin menikah, jangan kamu takut miskin kerana bernikah."
"Allah سبحانه وتعالى sendiri jamin, yang memberi itu sendiri adalah Yang Maha Kaya. Oleh kerana itu jangan ada orang yang risau jadi miskin kerana perlu mengeluarkan nafkah kepada isteri dan anak-anaknya. Dan setelah bersama, suami itu tidak dibenarkan menuntut sebahagian apatah lagi semua daripada maskahwin yang telah diberikan kepada isterinya walaupun jumlahnya banyak."
"Diperbolehkan suami meminta bayaran daripada isteri untuk diceraikan hanya, bilamana isteri itu melakukan zina, yakni cerai khuluk. Allah سبحانه وتعالى juga melarang suami menggantungkan isterinya tak bertali kerana perbuatan itu adalah perbuatan orang yang zalim."
"Dan didalam alam rumahtangga, hendaklah ada sifat tolak-ansur bagi kedua pasangan. Tolak ansur ini dengan kata maknanya banyaknya bersabar. Allah سبحانه وتعالى janjikan kebaikan yang banyak bagi orang yang bersabar dengan perkara yang tidak disukainya, baik perkara itu dalam hubungan suami-isteri atau apa saja perkara dalam kehidupan ini."
"Oleh itu, orang beriman yang bijak akan bertahan dengan sedikit yang tak disukainya, demi mendapat ganjaran yang banyak di sisi Allah سبحانه وتعالى. Jangan dilihat apa yang kita suka, tapi lihatlah kepada apa yang Allah سبحانه وتعالى suka. Manusia juga dilarang untuk berburuk sangka kepada Allah سبحانه وتعالى, apabila menerima nasib yang tidak mengikut kemahuannya yakni penceraian."
"Perkahwinan merupakan satu tanggungjawab yang berat kepada suami. Kerana ia merupakan amanah dari Allah سبحانه وتعالى, dan juga wasiat Rasulullah ﷺ. Sebagai memikul amanah, suami perlu menyediakan bukan sekadar nafkah zahir dan batin, tetapi juga nafkah tarbiyyah agar isteri menjadi isteri yang solehah."
"Suami perlu ambil tahu perihal isterinya dan jangan sampai jadi ‘dayyus’ membiarkan isteri tak kisah berkawan, keluar dengan sesiapapun. Suami yang baik, akan mendidik isteri menjadi baik. Dan Didalam perhubungan rumah tangga ini mestilah ada adil, ada ehsan."
"Adil itu memberikan hak isteri atau suami sepertimana yang dituntut oleh syarak. Ehsan pula memberikan apa yang menjadi hak pasangan Tanpa menuntut hak dirinya. Kita, dalam rumahtangga, diantara suami dan isteri disuruh oleh Allah سبحانه وتعالى untuk bersikap ehsan. Yakni memberi yang terbaik kepada pasangan dan berusaha menerima sikap pasangan yang kurang baik."
"Orang yang menuntut kesempurnaan pada pasangannya itu, adalah bermimpi di siang hari. Mana mungkin seseorang itu mengharapkan pasangannya akan "Perfect" didalam perkahwinan. Ketahuilah, apabila menempuh alam perkahwinan pastinya ada suka dan duka."
"Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan yang jika dilihat secara keseluruhan, maka akan nampak keindahannya. Akan tetapi, kalau mencari kesempurnaan, itu mencari suatu perkara yang tidak wujud. Maka nya, hendaklah kamu bersabar dengan pasangan kamu."
"Kata Syeikh Muhammad Mutawalli As-Sha’rawi رحمه الله تعالى; “Seseorang itu boleh diangkat darjatnya oleh Allah سبحانه و تعالى dengan bersabar, kepada perkara yang tak disukainya pada pasangannya.” Sebab apa? Sebab Allah menjanjikan, Jika kamu tak suka pada sesetengah perbuatan pasangan kamu tapi kamu bersabar, Allah سبحانه و تعالى berjanji akan berikan kebaikan yang banyak sekali.”
"Sabar dan Allah akan beri kebaikan yang banyak. Atau jika kamu tidak bersabar, maka akan berlaku perceraian. Syeikh Muhammad Mutawalli As-Sha’rawi menceritakan; "Ada seorang itu jika datang ke majlis, wajahnya berseri-seri dan disanjung orang. Setelah beberapa lama, tiada lagi apa yang pernah dilihat padanya."
"Lalu ditanya padanya; “Dulu kami nampak kamu lain macam, tapi sekarang sudah tidak ada apa yang kami nampak dulu.” Jawabnya; “Ya, dulu saya diganggu isteri saya dan saya bersabar sehingga saya diberi kebaikan yang banyak. Tapi sekarang isteri saya sudah meninggal dunia, dan kebaikan itu tiada lagi diberikan kepada saya. Dan saya rindu kepadanya."
"Peganglah apa yang dijanjikan Allah سبحانه و تعالى untuk mendahulukan ehsan berbanding adil. Beri hak kepada pasangan tanpa terlalu menuntut hak diri sendiri, bahkan kalau boleh beri lebih daripada yang sepatutnya. Jangan asyik ingin menerima saja. Kalau kita mulakan berlaku ehsan kepada pasangan kita, pasangan juga akan berlaku ehsan pada kita. Kerana ehsan itu adalah kasih sayang. Maka kehidupan rumah-tangga itu, akan menjadi indah."
Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid
No comments:
Post a Comment