ENJOY IT...

Thursday 28 September 2017

Journey Hajj for Ibuku Tersayang

Assalamualaikum

Psst.... post ni agak panjang berjelaaaa... hihi

Haiiiiii penghuni gua blogger cik una... hahaha lama gilaaaa tak update apa2 kan... nak kata busy bohong besaq... hahaha... malas sesangat... tetiba rasa  macam renyah or faktor umur yang mendorong kepada jangan buang masa benda2 gini... ish tak la... sememangnya malas...

Ok la back to the topic asal... Perjalanan Haji untuk Mak tersayang dunia akhirat.. sebenarnya aku nak cerita step2 uruskan haji mak...

Oh terlebih dahulu syukur alhamdulillah tahun ni mak dapat panggilan haji.. impian semua muslim muslimat untuk mengerjakan rukun islam ke 5.. sebenarnya panggilan haji bagi mak sudah 3 kali tapi asyik tolak ja.. atas beberapa faktor seperti kewangan, kesihatan dan keseorangan tanpa peneman. Tapi takdir Allah perancangan Allah tu indah.. tahun ni tanpa sebarang alasan.. nak tak nak kena jugak pergi walaupun seorang diri tanpa ahli keluarga terdekat... Allah atur cantik sangat... pihak tabung haji bagi kelonggaran untuk mak bawa teman... sememangnya mak nak bawa anak dia sendiri tapi apakan daya anak bongsunya belum cukup umur untuk pergi tanpa mahram.. makanya cari punya cari peneman dapat la mak cik aku a.k.a adik ipar mak... alhamdulillah mudah sangat urusan...

So di bawah ni aku ada catat segala urusan haji mak... walaupun tak la details sangat tapi boleh membantu bagi orang2 lain yang akan menunaikan haji... insyaAllah...

Febuari
Terima surat tawaran haji.
Buat keputusan untuk terima atau tolak.
Cari pengiring atas faktor kesihatan.

Mac
Bagi keputusan untuk terima tawaran haji dekat Tabung Haji Parit Buntar (THPB).
Buat medical checkup dekat Hospital Penang untuk pergi haji. Doktor buat surat untuk izinkan pergi dgn bersyarat bawa pengiring.
Buat surat rasmi untuk bawa pengiring.
Cik tipah(adik ipar mak) sebagai pengiring mak.
Hantar surat dekat Tabung Haji Taiping.

April
(THPB)telefon suruh datang ambil surat kursus intensif haji.
Pergi Kursus Haji Intensif dekat Bagan Serai.

Mei
Ambil buku kesihatan dekat (THPB) untk buat medical checkup dan cucuk vaksin.
Tangkap gambar untuk visa.
Pergi Hospital Selama utk buat medical checkup.
Ambik darah tungu result darah. Cek tekanan darah berat badan dan ketinggian serta cek jantung. Jumpa doktor. Doktor ada on call. Balik dulu.
Pergi (THPB) utk cap 10 jari.
Petang jumpa doktor balik di Hospital Selama utk medical checkup.
Doktor xdpt nk mngesahkn dekat buku kesihatan sebab ada penyakit berisiko tinggi.
Kena jumpa pakar di Hospital Penang.
Buat appoitment dgn Hospital Penang untuk jmpa pakar. Jumpa pakar utk dapatkan pengesahan then pergi balik ke Hospital Selama utk checkup seterusnya.
Pergi Hospital Selama jumpa doktor buat temujanji utk cucuk vaksin.
Hospital Selama telefon suruh  datang untuk cucuk vaksin dan  buku kesihatan haji di ambil n pihak hospital akan hantr ke th. Disini sangat rumit. Sebenarnya buku kesihatan jemaah sendiri yang kena pegang dan hantar sendiri ke TH.

Jun
Hantar passport dan gambar visa ke (THPB).
Duit akaun th di tolak sbyk RM10k.
Pergi Hospital Selama ambil buku kesihatan utk lengkapkn dan terus hantar ke (THPB) Dapat surat untuk Kursus Haji Perdana di Kuala Kangsar.

July
Hantar surat jawapan hadiri kursus haji perdana di (THPB).
Kursus haji perdana di adakan dekat Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar selama 2 hari.
Beli kain putih di nagoya dan hantar jahit jubah.
Beli kelengkapan haji di Bagan Serai.

Telefon TH tanya tarikh penerbangan.

Tarikh lapor diri : 22/08/2017 Kompleks TH Bayan Lepas. 
Tarikh penerbangan :22/08/2017
KT70P1

Pergi (THPB) ambil beg dan barang2 keperluan haji dan surat penerbangan ke tanah suci.
Bayar Dam di (THPB) kerana menunaikan haji tamattu dengan bayaran sebanyak RM519.20.
Cucuk tambahan di Klinik Anisah Kamunting caj dikenakan sebanyak RM145.
Beli kasut medifeet di Sg Petani.

Ogos
Pergi Hospital Selama jumpa doktor untuk ambil stok ubat selama 2bulan sepanjang mengerjakan ibadah haji.
Mengemas barang2 keperluan haji.
Belajar memahami urusan haji dari orang2 berpengalaman.
Pak Cik Mat dan family membuat majlis bacaan yassin serta kenduri kecil2an. Alhamdulillah ramai yang datang dan mendoakan mak.
Buat bacaan yassin di rumah k.lang jugak.
Hari yang di tunggu telah tiba. 22 ogos 2017 pukul 9 pagi bertolak dari rumah k.lang menuju ke kompleks tabung haji. Apabila sampai petugas datang suruh daftar dan sertakan surat tawaran haji dan buku kesihatan. Setelah daftar pihak tabung haji memberi gelang,  tag nama dan beg sandang. Setelah selesai proses pendaftaran sesi salam bersalam dengan anak2 dan saudara mara.

Perkongsian dari ustaz

Hajjah marbura... dengan Allah semakin taat dengan manusia semakin manfaat...

Allah xkan menolak doa kita tetapi Allah sentiasa tambah doa dari hati yang baik..

Basuh baju2 putih.. kalau boleh basuh asing dan jangan letak pelembut. Banyak mazhab bercanggah tidak boleh wangian di baju ketika dalam ihram ada kata boleh.. untuk mengelakkan was2 basuh untuk hilangkan kotoran saja tanpa pewangi.. mudah bukan..

Label ubat siap2 memudahkan mak dan pemeriksa imigresen

Keperluan harian ubat2an gula2 barang mandian set mini jahit.. face mask

Ketika pendaftaran.. petugas bagi tag nama dan gelang

Baca yassin rumah Pak Cik Mat


Baca yassin rumah k.lang




Kawan2 bilik mak ni



Kami tolong shopping untuk mak.. memudahkan mak supaya xyah angkut berat sangat... beli kat Syarikat Abdul Ghaffar Bukit Minyak harga lebih kurang ja ada yang lagi murah pun ada.. 





No comments:

Post a Comment