ENJOY IT...

Monday, 25 March 2013

Ketenangan menjadi Kenangan Terindah (PART II)

Assalamualaikum...

continue part II  ^_^

Alhamdulillah bila segala-galanya dah settle kakak aku dah redha dia xdapat pergi.. everything become smooth.... mak aku da janji dengan dia bulan 5 ni dia akan kawen nanti dia akan buat umrah dengan suami dia tambang bahagian dia mak aku akan tanggung.. mak aku kata k.imah mungkin lagi seronok bila pergi dengan suami dia... baru lah air mata aku slow sikit...

Rabu (6/03/2013) aku still pergi kelas pukul 1 petang baru aku naik bas balik rumah... tapi aku tunggu dekat Jitra dulu sebab k.yan ajak balik sekali lebih kurang pukul 6 petang baru lah bertolak balik sampai rumah dalam pukul 11 malam.. sampai je rumah aku tengok barang aku xberapa nak kemas lagi nak kemas badan dah letih so aku pergi la rehat tapi sepanjang malam aku xlena pun sebab takut barang yang nak bawa ada yang tertinggal pastu dengan perasaan yang takut lagi xdapat nak bayang satu benda pun masa tu.. hanya berdebar je dada ni Allahuakbar perasaan yang sukar di gambar kan...

Khamis (7/03/2013) dalam pukul 6 pagi macam tu aku dah mula kemas barang, aku kemas sebetul2nya aku takut sangat kalau benda penting tertinggal... aku kumpul segala doa2 yang kawan2, jiran2, makcik pakcik kirimkan dalam satu beg takut tertinggal nanti susah jugak... pastu terus menghadap laptop siapkan assignment research pastu send dekat member suruh dia tolong hantar kan.. petang masa asar solat asar pastu buat solat sunat musafir doa minta Allah permudahkan perjalanan.. then terus siap-siap, kami bertolak ke Kemunting (rumah pak cik aku) dia ada buat doa selamat dan bacaan yassin...  selepas solat isya kami bertolak ke Taiping pusat cawangan Madin Alsyarif kami para jemaah naik bas ke KLIA... Ya Allah suasana hiba gembira masa tu untuk berpisah dengan keluarga... air mata ni keluar selaju-lajunya semua ahli keluarga menangis.. semua pesan doakan untuk mereka jugak..aku hanya mampu minta dorang maaf kan aku dan halalkan segala-galanya.. sebab masa tu kalau boleh nak mati dekat tanah suci Allahuakbar...


Jumaat (8/03/2013) dalam pukul 4 pagi kami selamat sampai ke KLIA.. wah mengantuk betul time tu tapi perasaan sedih excited melebihi segala-galanya so mengantuk tu terbang ke Madinah dulu hehe... sampai-sampai je aku mak n alya pergi mandi then terus gi surau tunggu waktu subuh.. rehat-rehat dalam surau. dalam pukul 8 gitu kena check beg oleh imigresen bagai pastu pukul 10 lebih macam tu tunggu turn cek passport pastu dalam pukul 11.45pagi flight berlepas. pertama kali naik fligth Allahuakbar sangat la xsuka sakit telinga tekak kepala..ayooo 8jam dalam flight tido bangun makan tengok tv bosan jangan duk kata la... tapi perasaan excited masih meninggi so lebih banyak berzikir selawat je supaya Allah permudahkan segala-galanya... setelah 8jam dalam flight pukul 4petang waktu Madinah dan pukul 9malam waktu Malaysia.. Malaysia cepat 5jam... selamat tiba di lapangan terbang Madinah.. sayu je masa tu.. tapi perasaan bersyukur tersangat-sangat, rasa macam mimpi indah je sebab jasad roh nyawa betul-betul dah ada di tanah suci.. Alhamdulillah syukur... selepas ambik beg semua kami berangkat naik bas terus ke hotel.. hotel kami hanya 2minit je untuk ke masjid Nabawi.. alhamdulillah.. hotel tu nama dia Mawaddah Al Safwa... lepas check in semua rehat solat makan dan tidur selena-lenanya.. tidur di Madinah dan Mekah xpernah nak mimpi apa pun kalau letak je kepala dekat bantal terus lena semahu-mahunya hehe....


tengah tunggu turn cek beg

ready nak berlepas..

jemaah perempuan

jemaah lelaki

wah Malaysia Airlines

gambar visa yang menampak segala lemak di muka huhu

makanan dalam flight sangat xsedap.. erkkk ferro n puding je sedap hehe







alhamdulillah selamat sampai


hotel di Madinah


to be continue part III


Sunday, 24 March 2013

Ketenangan menjadi Kenangan Terindah (PART I)

Assalamualaikum....

Allahamdulillah panjat syukur ke atas-MU Ya ALLAH.... detik-detik di mana aku menjadi tetamu Allah... aku tak pernah sangka umur 22 tahun 8 bulan dapat menjejak kaki ke tanah suci.. menitis air mata pertama kali menjejakkan kaki ke Madinah... Allah saja tahu bagaimana perasaan aku ketika itu... memang benar ustaz selalu kata kalau kita niat nak ke tanah suci Allah akan makbulkan antara cepat atau lambat...

bermula tahun 2010 (masa tu aku baru buka buku tabung haji dekat UUM), pastu aku balik rumah aku kata dekat mak "mak, adik nak buat umrah la , tengok ni adik dah da buku tabung haji nanti boleh la simpan duit dekat sini" mula-mulanya hanya terdetik sedikit je nak pergi.. sebab fikir kos nak pergi banyak nak guna sedangkan aku ni masih belajar mana la nak ada duit...

so tanpa sangka buku tabung haji, aku tinggal kan dekat rumah je.. rupa-rupanya mak aku sangat faham perasaan aku setiap kali telefon aku akan kata "mak orang nak pergi Mekah dapat buat umrah pun xpe, orang nak cari ketenangan" then, setiap kali balik mak akan cerita yang dia ada simpan duit dalam bank tabung haji aku... 

tahun 2012, masa aku tengok buku tabung haji aku, Ya Allah, terkejut..  jumlah dia sudah melebih 6k... Allah masa itu aku rasa peluang nak buat umrah dah semakin cerah.. lagi la aku akan telefon mak setiap hari kata "mak, kita dah boleh g Mekah ni, duit dah cukup tu" mak akan kata " doa la banyak2 dekat sujud terakhir dalam solat, minta Allah permudahkan segala-galanya"

dalam tahun 2012 bulan 10 gitu ada pak cik aku datang rumah tanya mak, "kak, nak buat umrah x?" mak kata "memang nak pergi pon, Nurul ni nak sangat pergi" pak cik aku kata "ni tok wi (bapak mertua pak cik aku) ada cari orang lagi ni bulan 1 tahun 2013 nak pergi la) pastu aku kata "ala time tu tengah exam" pak cik aku kata " xdapat bulan 1 bulan lain pun banyak" tersenyum lebar aku hehe...


aku pergi bawah ejen ni.. harga sangat murah dan mampu oleh semua orang.. umrah ni bawah program insan di mana Arab Saudi memilih ejen ni untuk mensponsor separuh bayaran setiap jemaah.. Allhamdulillah...

pastu mula la start pergi tangkap gambar passport, gambar visa dan buat passport... walaupun banyak rintangan Allah permudahkan..Allhamdulillah...

lepas siap semua tu mak mula bayar pendahluan untuk buat umrah sebanyak RM1000 dan serahkan passport dekat ejen... masa itu hati ni sangat excited rasa dekatnya aku dengan Mekah...

sepanjang awal bulan 1 hingga tarikh yang tetap nak pergi sangat banyak rintang dan dugaan.. nangis jangan cakap la sebab aku memang kuat nangis hehe...cuma mak pesan setiap kali ada dugaan "doa banyak-banyak jangan putus asa, bersangka baik dengan Allah, Allah nak uji kita ni sabar banyak2, doa bagi Allah permudahkan segala2nya..."

sebelum nak sampai tarikh yang betul-betul nak pergi tu rasa sangat lama... rasanya kalau xberapa sabar mesti akan putus asa... dengan mahramnya susah nak dapat pastu dengan cari klinik untuk cucuk vaccine punya susah nak cari hampir 10 klinik pergi baru ada ubat untuk cucuk tu..nak siap kan visa sangat mengambil masa yang lama.. Allahukakbar masa tu kena lah banyak2 bersabar doa dan percaya Allah ada dengan aku.. Allah akan bantu aku....

sehingga detik dalam kurang seminggu nak pergi aku masih di UUM.. segala persiapan mak n kakak aku yang uruskan.. aku terpaksa uruskan cuti aku selama 2 minggu dengan pensyarah segala kerja perlu siapkan sebelum berangkat.. lagi seminggu nak pergi hati ni hanya Allah je tahu... berdebar setiap masa takut seronok gembira sedih gementar...macam-macam perasaan.. lagi sehari sebelum balik mak ada telefon " adik mak ada benda nak bagitau ni, adik kena tenang tau" masa tu air mata dah mengalir berdebar sangat "k.imah xdapat ikut kita gi umrah, dia berkorban sebab adik n alya(anak sedara) xda mahram dia terpaksa gantikan acik (abang aku) untuk pergi' Ya Allah air mata ni mengalir selaju-lajunya hebatnya perngorbanan kakak aku.. sedangkan dia yang selayaknya pergi sebab sepanjang masa dia ada di rumah dia yang siapkan segala persiapan.. mak dan kakak aku xnak aku sedih diaorang tahu yang aku nak sangat ke tanah suci...



to be continue to part II

Sunday, 3 March 2013

makan makan makan

Assalamualaikum.....

hye3... lamanye xupdate apa2 kan... buzy ke? haha buat2 buzy je awal sem mana ada apa sangat tapi sangat mencabar betul la huhu.. projek for final year.. yuhuuu sem akhir ni jugak la banyak benda kena plan ngan kawan-kawan untuk hangout bersama-sama spend time together gether hehe.. lepas ni mesti dah jarang jumpa..wuwu sedih nye.. for the first step kami keluar pergi Kuala Perlis.. oyeyey makan sea food sedap sangat puas dan murah.. sangat berpuas hati.. next time ada masa ada rezeki boleh pergi lagi.. 

ok jom nengok gambar2 yang xseberapa ni..hehe

sesi memilih ikan udang sotong kerang mentarong (hehe betul ke) eh bukan mentarang la mentarong hahaha

kteorang duduk tepi pantai.. 


ni ecah n sis

ni dayah 


ok part nak ambik gambar sama2 terpaksa set time kat camera huhu sbb tu masa melilau je hehe

makanan dah sampai.. oyeay enjoy our food

ermmm marvelousss

ikan siakap bakar

ni la mentarang huhu 

udang berempah

sotong celup tepung (menu wajib)

siakap 3 rasa


ni le rupa mentarang tu

sunset time cantik


makan sampai keras perut fuhhh alhamdulillah




subhanaAllah cantik sangat



masjid terapung 







p/s : aku suke bergambar hihi... enjoy with friends.. love you..


hopefully harap sangat dapat keluar lagi ngan kawan2.. seronok!!!

Friday, 22 February 2013

BFF BORN DAY!!!! ^_^

Assalamualaikum....



yeayyy 23rd of febuary.. guess what? ya2 hari ni my bff birthday.. kteorang kawan since tadika lagi.. dari tadika sampai la ke Uni xpernah lansung berpisah... tadika satu kelas... then sekolah dari darjah 1 hingga la ke darjah 6 still satu kelas.. pastu sekolah menengah pun satu kelas jugak form 1 untill form 5.. pastu form 6 ke sekolah lain pulak tetap jugak 1 kelas.... then apply Uni asing-asing pastu masa kua result UPU eh sama Uni la... but kos lain-lain.. tapi kteorang still rapat.. kalau ada masalah muka pertama terbayang si ayu la.. even dia lebih mendengar dari berkata-kata still boleh hilang rasa terbeban tu... hebat kan hubungan dengan sahabat ni walaupun kadang-kadang ada perasaan tak puas hati ke tetap akhirnya berbaik jugak.. rasanya kteorang xpernah gadoh kot... hehe

NORHIDAYU AHMAD JOHARI.....  23/02/1990- 23/02/2013 wah yu ang dah 23 tahun.. cantik tarikh n umur ang tu.. yeayyy dah besa dah boleh kawenn..kahkah.....



yu.. aku wish kat sini je ea... 
selamat hari lahir semoga ang dipanjang kan umur murah rezeki.. berjaya dunia akhirat..
bahagia selalu bersama keluarga, sahabat n cinta hati (oleyh) :p.. 
terima kasih sebab selalu bersama-sama aku di kala susah n senang.. ang memang tuan penasihat aku la wei.. aku ni harap je ambik kos IT tapi kadang2 blur sangat bab IT ni hehehe...


yu kita jarang ada gambar berdua kan... huhu