ENJOY IT...

Monday 17 June 2013

habit hari lahir.

Assalamualaikum....

Entry kali ni nak cerita perangai "comel" aku time hampir-hampir nak dekat hari lahir..haha * gelak jahat.... bagi mereka yang kenal aku.. aku seorang yang kepoh kan.. so bila nak dekat hari lahir aku akan kepoh kat family aku supaya mereka ingat tarikh lahir aku..... kalau mereka lupa nak wish aku akan mesej tanya bila nak wish hari jadi org ni.. kalau kat mak aku pulak aku akan minta nak kek la nak makan itu ini... tapi aku xpernah nak minta hadiah pun cukup sekadar doa supaya aku jadi muslimah yang berjaya dunia akhirat...

Aku selalu dan sentiasa anggap tarikh lahir aku ni cantik istimewa.. sebab tu jugak aku suka sangat nombor 7... tarikh lahir aku betul2 tengah tahun... tahun ni dah 23 tahun.. alhamdulillah hajat tahun lepas banyak dah tertunai... perkara yang nak sangat tertunai adalah menjadi tetamu Allah di kota suci.. alhamdulillah.. sekarang nak fokus pada 1 perkara je habiskan degree sebaik boleh dan berkerja.. jika belum rezeki untuk berkerja sambung belajar lagi... hiii mudah2an.. hidup perlu ada perancangan dan target.. sebab bagi aku hidup ini perlu ada perancangan baru teratur dan tersusun.. tapi sehebat mana kita merancang hebat lagi kuasa Allah.. bila kita dah berusaha berdoa segalanya berserah kepada pencipta..

* ha jangan lupa ye bitrhday aku nanti ea.. bukan birthday aku je birthday semua orang yang kita sayang rapat... bukan untuk meraikan tapi cukup sekadar mendoakan kerana diberi usia yang panjang untuk menjadi hamba Allah yang soleh lagi solehah.. eh xgitu kan...hihi



No comments:

Post a Comment