ENJOY IT...

Thursday 17 April 2014

Aku Ada Wali

Assalamualaikum

Waaaa.. falling in love....  ok kawan2 tajuk atas tu novel la... novel drama.... first time novel drama yang paling terbaek aku baca dan tonton.. patut la susah sangat nak cari dekat kedai buku.. Last2 xtau nak cari dekat mana dah, terus google then alhamdulillah ada satu page dekat facebook ni nama dia !Aini Zakaria ... dia jual novel terbitan sebarkan bahagia... novel Ustazah Fatimah Syarha dan suaminya Dr Farhan Hadi... syukur syokk oo waktu tu xfikir harga dah terus order je..rupanya murah je novel tu RM33.00 sekali postage... tapi kalau harga sebenar hanya RM29.90.

Kenapa aku suka sangat novel drama ni sebab dia terlalu islamik dan sentiasa mengikut panduan islam.. then kalau menonton drama dia pun tersangat jaga aurat dan batas pergaulan antara sesama pelakon even pelakon tu tengah berlakon as suami isteri.. so sesiapa yang menonton akan rasa seronok dan teruja serta mahu mencontohi apa yang baik yang mereka lakukan...

Novel drama ni lebih kepada Islamik, komedi, berfakta, banyak sunnah Rasulullah diterapkan, serta comel... sesuai untuk semua lapisan umur..yang dah kahwin ke belum ke atau mahu rancang perkahwinan ke sangat sesuai.. ia sebagai guide line untuk kita perbaiki diri as a muslim sejati..insyaAllah...

Betul kata orang bila kita membaca ni kita akan rasa diri kita ya Allah kurangnya ilmu pengetahuan aku ni...lagi baca lagi kita rasa rendah diri.. sebab itu amalan membaca perlu dipupuk dalam diri.. baca lah walaupun satu ayat dan fahami segala maksud dan mesej yang ingin disampaikan...

Apa yang aku dapat bila naca novel ini, merasakan diri aku serta wanita diluar sana harus jaga diri sebaiknya walaupun sekarang kurang baik tapi berazamlah untuk jadi baik dan mahukan suami yang baik...ayuh berubahlah dari sekarang.. jangan rasa putus asa.. walaupun hitam sejarah silam kita tak bermakna masa depan kita hitam... semua manusia berhak diberi peluang dan ruang untuk berubah.. selagi pintu taubat terbuka bertaubat lah... Allah maha pengampun.. jadilah muslimah seperti mawar berduri... jaga hati jaga perasaan yang penting maruah diri, agama dan keluarga insyaAllah Allah akan permudahkan dan menghadiahkan pelangi yang cantik selepas hujan...

ha serba sedikit gambaran dalam novel ni...banyak dialog..ibarat kita pegang sebuah skrip drama... bila kita baca novel ni kita berasa berada dalam situasi sebuah lakonan drama..sebab dia novel lain dari yang lain... so bila baca xkan rasa bosan...

ini namanya gigih ya..hahaha.. pulun ambik gambar dekat skrin tv masa drama tu disiarkan..ha tu lah hero dan heroin dalam drama ni..Solihu dan Syumaila... 


4 comments:

  1. Assalamualaikum, hehe..JM belum pernah lagi tengok drama ni..selalu tengok iklan drama ni saja..heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam... drama ni dah tamat minggu ni..tapi xpe
      JM leh tgk online dkt youtube pn ada...

      Delete
  2. salam, diharap saudari husna berada dalam keadaan sihat ya..
    sebetulnye, hani masih belum tengok drama tema novel "Aku Ada Wali" ni.. hehe.. novel pun belum baca.. tngok pada review yg husna update ni, nampak menarik, inshaAllah, hani akan dapatkan satu dipasaran :)

    ReplyDelete
  3. W.salam.. alhamdulillah sihat terima kasih ye mendoakan... nanti cuba baca ye insyaAllah akan jatuh cinta pada novel ni hihi...

    ReplyDelete