ENJOY IT...

Thursday 28 March 2013

Ketenangan menjadi Kenangan Terindah (PART III)

Assalamualaikum.....

fuhh internet sangat slow sekarang so nak menyambung part seterusnya sangat la memerlukan kesabaran yang tinggi... ok let continue ea.. 

8/03/2013 - 13/03/2013 berada di Madinah (ziarah) kali pertama jejak kaki di Masjid Nabawi subhanaAllah cantik sangat.. tenang je... bila masuk dalam masjid rasa sangat dekat dengan Rasuluallah.... perasaan ni xdapat di gambar dan rasa sangat bertuah.. syukur alhamdulillah..secara jujur nya dan sangat setuju dengan kata ustaz Madinah adalah kota yang sangat tenang dan damai.. ye aku setuju masa duduk di Madinah rasa tenang kepala xrasa serabut... boleh kata setiap waktu aku akan baca yassin dan solat setiap waktu di masjid Nabawi...masa di Madinah jugak dapat melawat taman raudah (taman syurga di dalam masjid nabawi bersebelahan makam Rasulullah) 2kali..  di Madinah lebih kepada merehatkan diri mencari ketenangan, berdoa sebanyak mungkin, solat, mengaji dan selebihnya waktu shopping huhu.. masa di Madinah mahupun Mekah aku memang xsuka shopping.. mungkin sebab cuaca dan niat sebelum pergi hanya nak buat ibadat so bila mak tanya nak jubah ke apa ke aku akan kata xnak la dekat Malaysia pun ada semua ni... memang aku minta maaf la dekat kawan-kawan aku memang xbeli cenderahati or ole-ole apa-apa sangat dekat korg hanya beberapa orang je aku mampu bagi maaf sangat bukan xingat cuma xberapa kesempatan nak membeli dengan cuaca yang mungkin xsesuai lagi dengan aku..aku hanya luangkan masa dalam bilik dan masjid je...

Masa di Madinah dapat la ziarah beberapa tempat seperti Masjid Quba', Ladang Kurma, Masjid Qiblatan, Bukit Uhud, dan Masjid Tujuh. Rindu sangat dekat Madinah laungan azan dia sangat sedap, surah-surah yang di baca oleh iman sangat teratur je. Memandangkan aku xberapa nak buat research sebelum pergi so banyak benda la aku xtau contohnya bila habis solat aku ingat iman akan baca doa tapi xda doa pun lepas solat terus solat jenazah ustaz kata kalau di Mekah ataupun Madinah setiap waktu selepas solat akan ada solat jenazah sebab setiap waktu ada orang meninggal dunia. Pengalaman yang sangat indah. Ya Allah jemput lagi aku ke sana.

14/03/2-13 - 19/03/2013 berada di Mekah (umrah). menitis air mata pertama kali pandang Kabaah "Ya Allah kau berilah peluang lagi pada aku dan kaum muslimin yang lain untuk sama-sama melakukan ibadat di sana"...pengalaman aku bila niat ihram aku cepat nak marah xtau la kenapa, mak aku akan cepat-cepat pujuk kata "adik ni dugaan kena banyak-banyak bersabar" cepat moody astafirullAllahalzim... aku rasa serabut je tupasal kalau dah niat ihram jangan lengah-lengah lagi terus je selesaikan umrah.. 2kali buat umrah waktu tengahari around pukul 2petang macam tu memang panas bercahaya.. nak solat pandang Kaabah memang xboleh rasa macam nak pitam tapi rasa sangat ajaib bila buat tawaf dalam keadaan sesak orang ramai tak rasa penat atau nak pitam selalunya dekat Malaysia ni kalau orang ramai-ramai kita rasa rimas la xpun kalau panas sangat rasa nak pitam la apa la... pertama kali buat umrah wajib waktu malam dalam pukul 12.30 malam gitu sejuk je alhamdulillah mak sangat kuat masa buat umrah. mak dapat selesai kan umrah wajib tanpa bantuan kerusi roda. bagi aku masa tawaf xberapa penat sangat tapi masa saei kebanyakkan orang tua akan menggunakan kerusi roda.. bukit safa ke marwah jauh jugak hampir 500meter dan perlu ulang sebanyak 7kali... bagi aku yang masih muda mungkin xkan rasa sangat tapi kali pertama selesaikan umrah wajib rasa macam nak tercabut kaki dan pinggang, sakit pinggang hingga ke kaki, selesai umrah wajib dalam pukul 2.30 pagi macam tu terus balik bilik dah xmampu lakukan apa-apa selain baring rehat kan diri rasa macam dah xmampu nak umrah kali kedua dan seterusnya, rupa-rupanya bila bangun pagi keesokan hari nya hilang segala sakit pinggang dan kaki tu kuasa Allah mahu permudahkan segala urusan hambanya... alhamdulillah.. aku dapat buat 3 kali umrah sahaja.. dan ada la buat beberapa kali tawaf sunat...

kawasan luar masjid Nabawi



masjid Quba



pokok kurma

bukit Uhud










depan hotel di madinah banyak sangat burung merpati, so masa pagi pergi beli gandum dan bagi makan pada burng-burung




get ready nak pergi Mekah.. jarak Madinah ke Mekah mengambil masa lebih kurang 5jam






acik dan mak










masjidil Haram




ladang unta nak dekat dengan Masjid Hudaibiyah



















2 comments:

  1. bestnye..doakan akak dan suami dapat jejak kaki ke mekah + madinah ye.. =)

    ReplyDelete