ENJOY IT...

Thursday, 7 August 2014

I love it!!!

Assalamualaikum

Haippp rajin kan aku update sekarang hahaha sebab internet laju lepastu aku boring sangat2 xtau nak buat apa so tab internet dan aku xdapat dipisahkan buat masa sekarang xda benda alah ni aku boleh mati kutu haha sebab aku bukan seorang yang suka tengok tv kalau aku tengok setakat sekejap2 tu boleh la kalau nak fokus lama2 tu xla. Tupasal kalau tengok wayang aku senang tertidur hahaha.

Ok aku nak share kata2 yang boleh buat aku rasa calm down, positif dan gembira sebab kata2 dia ajaib. Aku suka printscreen or screenshot ke kalau benda or ada kata2 yang menarik. Kalau tengok tab aku dalam gallery mesti korang serabut macam belacan macam2 ada folder berlungguk haha.
















Tuesday, 5 August 2014

Salam Aidilfitri 2014

Assalamualaikum

wah2 dah raya ke berapa dah ni. Belum terlambat lagi kan nak wish " SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA READERS OR SILENT READERS OR SEMUALAH YANG MENGENALI SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK"  mohon maaf atas segala kesilapan terguris hati terkasar bahasa ye... kosong-kosong.

Syukur alhamdulillah tahun ni one big family dapat berkumpul di rumah mak. Semua balik raya tahun ni dari kelantan, kedah, perak, sarawak, n penang along k.lang Da acik k.yan k.imah and abg2 ipar kakak2 ipar anak2 buah alhamdulillah. Sangat happening walaupun kelam kabut.hehe..

Suasana raya ni paling best bila dapat dgr takbir raya masa malam raya sambil anak2 buah main bunga api pastu mak2 kat dapur isi kuih dalam balang anak2 dara susun pinggan.. eh kiranya macam best la pastu borak sampai ngantuk.. suasana ni dapat bila semua balik je kalau x tinggal aku ngan mak je..huhuhu

One more thing, bangun awal pagi siapkan juadah untuk makan sunat hari raya pastu mandi sunat hari raya, dengar lagi takbir sebak wei nak nangis je kita kat sini mampu lagi sambut raya nun saudara kita di Palestin nak dengar takbir pun belum tentu dapat asyik di bom je..

After solat sunat hari raya kumpul adik beradik salam bersalaman minta maaf peluk cium semua cukup dan minta duit raya hehehe, tahun ni masih di beri duit raya harap tahun depan dapat beri mak anak2 buah duit raya pulak..

Secara keseluruhan nya hari raya ni lebih kepada meraikan sebulan berpuasa tapi bulan paling tenang rileks bahagia bulan puasa la rasa tenang sangat boleh buat solat terawih berbuka dengan juadah yg sederhana.. eh memang sedih bila ramadhan tinggalkan kita kan, tapi jangam stop buat ibadat pulak lepas bulan ramdhan tau, ibadah ni sepanjang hayat ye sama2 kita ubah dari yang xberapa baik kepada yang lebih baik. 

Ok sekali lagi tuan kedaung blog ni nak mohon maaf bebanyak kepada semua, aku insan yang sentiasa xsempurna di mata orang tapi sentiasa mahu yang terbaek bukan untuk diri sahaja tetapi untuk keluarga, agama, bangsa dan negara In shaa Allah mudah2an Allah berkati kehidupan kita, sentiasa dimurahkan rezeki dikurniakan kesihatan yang baik diberi kebahagiaan dunia akhirat dan menjadi khalifah yang soleh dan solehahah amminn mudah2an.

Dah penat jari ni pot pet jom tgk gambar.

p/s aku dalam blog ke chat ke mmg rancak sembang tapi bila berdepan mulut terkunci kalau xrapat hehe. So, kalau org judge aku ni sombong aku xkisah sebab agak sombong a.k.a pemalu hehe

Bersalam salaman hehe
Nangis oo sebak sebab dosa banyak aku ni huhu

Satu family potret miss you already huhu

Kami xkacau orang kami happy. Weeee

Achu dan anak2nya hehe

I love kids so much

Tuan kedaung blog nak jugak hehe

Hajat

Assalamualaikum

Alhamdulillah syukur sangat sebab dalam tahun ni ada beberapa hajat or checklist yang ingin di capai sudah di capai. Kadang- kadang fikir eh ak ni sebenarnya boleh cuma perasaan negatif sentiasa ada dalam diri. Bila nak lakukan sesuatu mesti kena positif dulu tenang alhamdulillah kejayaan di perolehi. 

Nak tahu x apa checklist kite tahun ni? Hehehe

1) Nak siapkan report practicum.
(sebab apa checklist sebab aku rasa pada masa tu report ni sangat susah dan mampu ke aku lakukan, alhamdulillah sudah berjaya. Awal2 tahun aku dah hadapi kesukaran bagi diri aku sebab terlalu negatif pada diri memikirkan adalah aku boleh atau tidak.)

2) Nak dapatkan lesen motor.
 (Ok hajat ni dari tahun 2009 kot, fobia aku dengan jalan raya ni dari umur 10 tahun xhabis2 lagi. Takut nak melintas jalan raya. bab ambik lesen ni aku betul2 paksa diri beranikan diri dan sentiasa tanam dalam diri kata perasaan itu dikawal, takut itu boleh dikawal, alhamdulillah x sampai sebulan aku lulus lesen motor. Syukur ya Allah. Aku dah berani bawa motor, dah berani bawa motor gi jalan raya traffic light or lintas jalan ke dah berani, so aku bukti dekat diri aku dan orang sekeliling aku yang aku bukan seorang yang lemah, ketakutan bukan faktor dalam diri aku hehehe macam fear factor pulak kenss)

3) Nak dapatkan lesen kereta.
(Bab ni aku macam rileks sikit pada mulanya sebab aku fikir bawa kereta senang tapi ya rabbi hari2 nangis oo nangis sebab kena marah dengan cikgu sebab badan tangan kaki terlalu keras hahaha bawa keta macam robot takut dia melebihi segalanya. setiap kali nak gi belajar kereta mesti sakit perut ulang g tandas 4 5 kali xlega2 selagi xhabis belajar. Kalau dapat cikgu yang baik xgarang ok aku boleh bawa dengan tenang tapi dapat cikgu yang garang aku akan jadi kelam kabut huhu so hampir sebulan lebih jugak nak test jpj sebab aku banyak skip kelas bukan malas sebab kena teman mak g rawatan hospital dekat kelantan. Alhamdulillah test jpj 20/07/2014 aku sesi ke-5 no 29 calob terakhir tu jpj pun dah malas penatkan bulan puasa ptg pulak tu. petang baru test takut dia rasa macam nak tunggu result final exam hahaha ketaq satu badan muka pucat tambah lagi masa tu bulan puasa pastu dapat jpj yang garang gilosss tgk muka aku pun xnak huhu aku nangis lagi tapi dengan jiwa semangat yang kental mak kat rumah baca yassin buat solat hajat dhuha semua mak buat nak bagi semangat kat aku hahaha takut dia lebih dari nak kawen hehehe. Alhamdulillah lulus lesen keta. Yeayyyyy hajat tercapai, syukur alhamdulillah. I.m happy).

4) Hari jubah.
( bab ni aku nak sangat sebab memang dari kecik lagi teringin nak pakai jubah ambil gambar baling2 topi dan ada la angan-angan nak ada someone special selain family datang nanti bagi bungee hehe boleh x tapi tu angan je belum pasti ada kan huhu. Tapi xpe ada family pun dah ok. insyaAllah bulan 11 ni kot hari jubah belum pasti lagi tapi berharap tahun ni la sebab tahun depan nak hajat lain pulak hehe)

Ok tu je hajat tahun ni alhamdulillah 3 hajat dah tercapai dengan jayanya syukur sangat. Akan aku jadikan tahun ni sebagai tahun yang bertuah bagi aku mungkin boleh jadi bonus kalau benda yang di angan2 kan tercapai jugak. Sapa tau kan3. Awak????? Doakan ye huhu. 

Thursday, 3 July 2014

My Bornday Come Again

Assalamualaikum

Salam ramadhan kareem wahai sahabat sedunia.. ya rabb subahanaAllah Allahuakbar Alhamdulillah, 3 ramadhan bersamaan 1 Julai 2014 genap usia 24 tahun, syukur Alhamdulillah ya Allah sepanjang usia perjalanan ini banyak dugaan ujian kemenangan keindahan kejayaan kedukaan telah dilalui walaupun sukar, Allah ada , Allah bantu permudahkan segala hal syukur Ya Allah..

Bila aku throwback bak kata orang la ni (tetiba loghat utara keluar kenss) macam best je sebab banyak hal yang sukar yang aku fikirkan xmampu untuk di lalui telah selamat dan berjaya di kecapi.. kadang-kadang menangis sendirian kenapa aku Ya Allah yang perlu lalui ini tapi hikmah di sebalik kesukaran tu Allah hadiahkan pelangi yang indah subahanaAllah. Aku selalu dengar baca masalah yang dilalui orang lain bercerai hidup, bercerai mati, kesempitan hidup, di duga dengan bermacam hal, pastu aku muhasabah diri bermonolog sendiri ya janji Allah itu pasti diduganya seseorang atas kemampuaan seseorang, Allah xkan sesekali menyusahkan hambaNYA.. tanpa kita sedari bila ujian datang mungkin kita ada buat salah dengan Allah, bila kita sedar hal itu cepat2 bertaubat in shaa Allah, Allah ada Allah bantu kita. :-)

So,perjalanan hidup aku ini indah seindah pelangi di langit aku bersyukur walaupun aku xpunya harta dunia, aku punya saham akhirat yang perlu ditambah setiap hari, aku belajar untuk tidak memenuhi kehendak hati, sentiasa belajar bertekad untuk istiqomah ke jalan Allah, tidak perlu cinta hati selain cinta Allah dan Rasul yang Agung, melebihi cinta Pencipta dari dicipta, melabuhkan kasih sayang cinta kepada yang melabuhkan cinta kepada Allah, yakin atas ketentuaan Allah, ya aku yakin jodoh pertemuan telah dirancang olehNya dengan baik tanpa ada cacat celanya.. aku menanti dengan penuh kesabaran, tak perlu mendesak atau didesak.

Alhamdulillah rezeki tarikh keramat ni mak nampak semakin sihat, syukur alhamdulillah, dah dua biji kek di potong so bertambah lemak kolestrol oh rezeki jugak tu. Ada la beberapa benda yang nak sudah di miliki tunggu si kaki empat pulak nanti wuuwuuu, :-)

Habit aku sebelum birthday sangat kepoh untuk mengingatkan orang sekeliling untuk wish kat aku hahaha kalau ada salah seorang teman rapat yang lupa wish the whole day akan bad mood huhu tapi tu saja perangai manja2 xnak hadiah apa pun cuma nak semua orang ingat yang kite wujud je.. aku suka menghargai dan mahu dihargai tu je no more, but its ok kalau ada yang lupa as human biasa la penyakit lupa sentiasa di selubungi kan hahaha

So as conclusion, I will dedicated to my soul my love my iron woman that is my lovely mom, thanks infinity that you come out me at the world, I can see the world and being a good muslimah, daughter of solehah in shaa Allah. I love you the whole of my life.. no woman can replace you at my heart you the only mom I love, thanks Allah give me a perfect woman my mom.. to my brothers, my sisters, my nieces, my nephews, thanks you sooooooo much. Give me a big cakes, give me du'a syukur. My Allah bless you.. to all my lovely infinity friends I heart you so much you are the great friends that I have thanks for du'a too. ( sorry for grammar hahahaha practice make perfect yoo)

Taraaa itu kek kite hihi :-)

Ha motip??? Ok birthday abg zen sama ngan kite tahun je lelain hahaha gedikzzz ken ramai lgi artis yg sama birthday nana af, arwah achik spin, agness monica, etc ramai la nampak sgt aku fanatik kan dgn 1 Julai kan,:-)wuuu

So sesapa yang berkongsi tarikh lahir ngan cik husna ni selamat hari lahir being a good human ok 



Wednesday, 14 May 2014

Bad habit of me

Assalamualaikum

Oh well kite masih xkeja lagi u'olls huhu..tapi ada sesuatu yang nampak kita seperti berkerja adalah kite sekarang adalah seorang domestic engineer hahaha pengganti untuk suri rumah.. bombastik sangat kansss..

Ok back to the topics.. aku baru perasaan yang aku ni jenis tak pandai nak ekpresikan perasaan terhadap seseorang.. don't know why..tapi tu la hakikatnya.. even dekat mak sendiri pun aku xreti wei..kadang2 nangis dalam sujud tau... sedih sangat... ego aku setinggi apa pun aku tak tau... aku harap sangat orang sekeliling tau yang aku sayang dorang sangat2 cuma aku xreti nak show it about my feelings...

Tadi masa subuh lepas sembahyang aku dah berazam nak salam and cium mak lepas solat kata adik sayang mak sangat..tapi apa yang aku buat.. aku cuma salam n cium..mulut aku terkunci rapat jadi freeze je...so bad u'oull sedih tau huhu..

Sebab tu kalau aku suka or sayang seseorang aku akan pendam dan xkan sesekali luah sampaikan perasaan tu akan lenyap begitu sahaja... tapi perasaan tu xla penting sangat sebab orang tu tak penting pun.. tapi sedih sangat bila aku xpandai nak luahkan yang aku sayang ibu n family aku secara realiti....huhuhu

This video it maybe show my feeling that I'm really love my nieces and nephews . Tapi dalam video ni ada dua ja gambar anak sedara. Tapi hakikatnya acu sayang semua sgt2 tau.


Thursday, 17 April 2014

Aku Ada Wali

Assalamualaikum

Waaaa.. falling in love....  ok kawan2 tajuk atas tu novel la... novel drama.... first time novel drama yang paling terbaek aku baca dan tonton.. patut la susah sangat nak cari dekat kedai buku.. Last2 xtau nak cari dekat mana dah, terus google then alhamdulillah ada satu page dekat facebook ni nama dia !Aini Zakaria ... dia jual novel terbitan sebarkan bahagia... novel Ustazah Fatimah Syarha dan suaminya Dr Farhan Hadi... syukur syokk oo waktu tu xfikir harga dah terus order je..rupanya murah je novel tu RM33.00 sekali postage... tapi kalau harga sebenar hanya RM29.90.

Kenapa aku suka sangat novel drama ni sebab dia terlalu islamik dan sentiasa mengikut panduan islam.. then kalau menonton drama dia pun tersangat jaga aurat dan batas pergaulan antara sesama pelakon even pelakon tu tengah berlakon as suami isteri.. so sesiapa yang menonton akan rasa seronok dan teruja serta mahu mencontohi apa yang baik yang mereka lakukan...

Novel drama ni lebih kepada Islamik, komedi, berfakta, banyak sunnah Rasulullah diterapkan, serta comel... sesuai untuk semua lapisan umur..yang dah kahwin ke belum ke atau mahu rancang perkahwinan ke sangat sesuai.. ia sebagai guide line untuk kita perbaiki diri as a muslim sejati..insyaAllah...

Betul kata orang bila kita membaca ni kita akan rasa diri kita ya Allah kurangnya ilmu pengetahuan aku ni...lagi baca lagi kita rasa rendah diri.. sebab itu amalan membaca perlu dipupuk dalam diri.. baca lah walaupun satu ayat dan fahami segala maksud dan mesej yang ingin disampaikan...

Apa yang aku dapat bila naca novel ini, merasakan diri aku serta wanita diluar sana harus jaga diri sebaiknya walaupun sekarang kurang baik tapi berazamlah untuk jadi baik dan mahukan suami yang baik...ayuh berubahlah dari sekarang.. jangan rasa putus asa.. walaupun hitam sejarah silam kita tak bermakna masa depan kita hitam... semua manusia berhak diberi peluang dan ruang untuk berubah.. selagi pintu taubat terbuka bertaubat lah... Allah maha pengampun.. jadilah muslimah seperti mawar berduri... jaga hati jaga perasaan yang penting maruah diri, agama dan keluarga insyaAllah Allah akan permudahkan dan menghadiahkan pelangi yang cantik selepas hujan...

ha serba sedikit gambaran dalam novel ni...banyak dialog..ibarat kita pegang sebuah skrip drama... bila kita baca novel ni kita berasa berada dalam situasi sebuah lakonan drama..sebab dia novel lain dari yang lain... so bila baca xkan rasa bosan...

ini namanya gigih ya..hahaha.. pulun ambik gambar dekat skrin tv masa drama tu disiarkan..ha tu lah hero dan heroin dalam drama ni..Solihu dan Syumaila... 


Saturday, 12 April 2014

Header

Assalamualaikum.....

Alohaaa.... hihi... wehuuu eh dah kenapa ni... rerajinkan diri tukar header baru ni... berkurun dah header tu kan... tapi aku bukan pengedit yang pro..edit2 ayam gitu boleh la..edit budak sekolah tadika je hahaha.... teringin la jugak nak edit macam orang lain tapi xkearah situ lagi so edit gitu2 je la... nak jugak nampak pembahruan dengan kata2 yang baru.. eh kata2 tu xda copy2 tau..ilham dari bangun tido pagi tadi ye hahaha....

" Mimpi indah hari ini kepada realiti esok hari "
"Senyum kekalkan imaginasi kepada realiti"


Maksud kata2 tu bagi diri aku.. xsalah kalau kita mimpi or berangan.. jadikan kan apa yang kita mahu tu sebagai realiti atau kenyataan.. baru dia dinamakan mimpi indah... berusaha untuk dapatkan... tapi dengan niat kerana Allah la ye... cuma kena pegang satu perkara je baik2 perancangan kita baik lagi hebat perancangan Allah kepada kita...