ENJOY IT...

Thursday 19 July 2012

tersentuh

Assalamualaikum...

alhamdulillah..masih berkesempatan bernafas di pagi jumaat yang indah... lepas breakfast aku terus buka tv then tengok rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) ada satu slot rancangan MHI memaparkan program "sehelai baju buat menyapu si air mata" sepanjang rancangan tu aku tersangat sebak... then terus on9 cari page dekat fb " https://www.facebook.com/groups/sehelaibaju/ " aku terus join group ni...


page "sehelai baju buat menyapu si air mata" adalah satu program pengumpulan baju2 baru untuk di beri kan kepada anak2 yatim. masih ada insan berhati mulia di saat ni kan.. aku sangat bangga dengan usaha dorg ni... aku sehingga kini xpernah terfikir masih wujud kah program sebegini.. mudah2an berkat usaha dorg semua berjaya dan di rahmati Allah... insyaAllah segala yang baik sentiasa diberi ganjaran yang baik... 


bagi kita yang berkemampuan sentiasa lah ringan tangan untuk menghulurkan sedikit bantuan... bila kita rasa diri kita susah cuba kita toleh ke belakang melihat ramai lagi yang sangat susah.... sentiasa lah bersyukur... dengan kegembiraan kita di pagi hari raya berpakaian cantik sedangkan ada lagi yang tidak berpakaian.. tanpa kita sedari mereka adalah saudara seagama kita... sedih kan.. buka hati buka minda...jika tak banyak sedikit pun jadi lah...


syabas di ucapkan kepada team "sehelai baju buat menyapu si air mata"!!!!! tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima... 




No comments:

Post a Comment