ENJOY IT...

Monday 28 May 2012

CINTA SELEPAS KAHWIN??


Assalamualaikum...


Wiwit... cinta selepas kahwin tajuk entry?? adoi... masalah lah husna ni dah parah.. gatai nak kawen ea...huhu pagi tadi lepas kelas wt discussion group.. dah lama discuss..boring lak  idea dah xda nak bincang apa.. aku tanya dayah blog apa yang dayah kata best itu.. dengan pantas aku g cari blog tu kat tenet.. then jumpa.. dushh2 jumpa la blog tu.. owhhh so sweet.. entry dia cinta selepas kahwin.. dia kahwin muda.. first date dia malam selepas nikah gi tengok wayang dengan suami n siblings.. subahanaAllah... syukur rezeki dia macam tu kan.. balik bilik tengah boring2 nak siapkan assgnment yang bertimbun ni aku buka lagi blog tu.. then baca lagi... memang xboring la baca blog tu.. gambar2 kawen dia semuanya sweet sangat.. walaupun dorang janggal nak bergambar nak salam nak berpegang2 tapi itu yang manis kan.. mengalir je air mata ni.. bagaimana pulak nasib kita kan... sentiasa berdoa dan jangan sesekali putus doa agar Allah kurniakan kita yang terbaek di kalangan yang terbaek..amin..



Bagi aku walaupun bakal tulang rusuk ku nanti bukan cinta yang pertama harap dia cinta yang terakhir bagi ku.. agar aku dapat kekuatan untuk teguh kan apa yang aku ingin kan sekarang...



Tahukah kita.. Allah meniktirafkan cinta selepas perkahwinan sebagai yang terbaek dan sumber segala kesenangan dan kasih sayang.. Ya Allah kurniakan kami segala yang telah Engkau aturkan pada mereka-mereka yang Engkau kehendakinya.. masuklah lah kami dalam golongan tersebut.. amin...





Bagi menambahkan pengetahuanaku cari2 lah info pasal cinta selepas kawen ni.. 

Cinta selepas perkahwinan adalah cinta yang diredai dan dituntut oleh ajaran Islam. Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan suami isteri itu mendapat mandat yang agung untuk bercinta melalui ikatan yang sah dan diiktiraf oleh agama dan juga anggota masyarakat.
Bagi menyuburkan cinta selepas perkahwinan, maka pasangan suami isteri haruslah menghormati hak-hak dan tanggungjawab kepada yang dicintai dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.


Antara cara-cara untuk menyuburkan rasa cinta sebegitu adalah:
1. Membuktikan cinta melalui ketaatan, kasih sayang, pengorbanan dan kesungguhan memuliakan pasangan dan rumah tangga yang dibina.
Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa saling hormat-menghormati, menghargai perasaan dan tutur kata, sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga dan berusaha memelihara amanah dan janji yang dibuat.
2. Melahirkan zuriat sebagai bukti cinta yang terjalin. Sekiranya ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, suami hendaklah bersabar dan tidak terburu-buru untuk berkahwin lain.
Seharusnya usaha dilipatkan gandakan untuk mendapatkan zuriat baik secara tradisional mahupun secara perubatan. Sekiranya tidak berhasil, bolehlah mengambil anak angkat sebagai langkah alternatif.
3. Mengasihi dan menghormati ahli keluarga pasangan suami isteri. Bagi mewujudkan keluarga yang harmonis, perhubungan kedua-dua belah pihak hendaklah dijaga dan dipelihara sebaik mungkin.
Sesekali, hadiah dapat dijadikan penghubung kasih-sayang dan tidak lupa untuk bertanya khabar sekiranya tidak berkesempatan untuk menziarahi keluarga yang jauh.

No comments:

Post a Comment