ENJOY IT...

Sunday 27 May 2012

MAKBULKAN DOA KU INI....

Assalamualaikum..

kadang-kadang kita sedar yang kita pernah melukakan seseorang atau ramai orang. Tetapi apa yang kita tahu yang kita ingat apabila seseorang melukakan kita sukarnya kita untuk memaafkan orang itu kan.. bagi aku sendiri niat di hati tidak mahu berdendam ingin setiap kali sebelum tido memaafkan semua orang tapi bila terjaga dari tido teringat semula apa yang berlaku hati ni sakit sangat... mungkin bagi orang lain benda tu kecil xperlu diperbesar2kan.. tapi bagi aku.. sekali terluka sakitnya mungkin sampai mati.. aku seorang yang sangat sensitif.. maaf ini boleh digunakan bila kita tahu erti sebenarnya.. zaman sekarang kalau salah sikit minta maaf then buat lagi.. itu bukan maaf yang ikhlas.. maaf ini di ibaratkan seperti bertaubat lah.. sekali dah buat berazam tidak mengulangi benda yang sama kan.. so bila dah mohon maaf pada seseorang itu berazam lah pada diri agar tidak sesekali menyakiti orang lagi.. ye sangat benar dan tepat sekali, kita sebagai manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan.. tapi kita kena ingat setiap manusia di kurniakan akal otak pemikiran yang baik lagi segar, makanya... kita perlu berfikir sebelum bertindak agar hati perasaan orang lain terjaga.. jangan sesekali pentingkan diri.. kerana apabila kita susah nanti orang yang kita selalu sakiti itulah yang kita cari dulu.. kita juga mesti ingat kita tidak selalu berada di atas... apa yang aku taip ini ibarat aku kata pada diri aku juga.. sebab aku sering terpesong selalu penting kan diri.. jadi aku ingin kan perubahan ingin kan perkara yang baik dalam diri aku.. so dengan ingat mengingati mungkin aku lebih sedar dan berfikir sebeleum melakukan... serius aku memang senang terluka.. so aku ingin memaafkan sesiapa saja sebab aku ingin kan kehidupan yang tenang.. dengan memaafkan aku lebih tenang aku xnak sesekali berdendam dan xnak sesekali membalas dendam.. 


kita ingat satu benda ini...


"WHAT GOES AROUND COMES AROUND"... pepatah ni ibarat karma la kan.. apa yang kita buat dekat seseorang itu akan datang balik pada diri kita.. ini bukannya doa atau apa.. tapi ini realiti.. kita sebagai manusia sentiasa berdoa yang baik-baik sahaja agar mudah2an apa yang di doakan akan kembali kebaikan pada diri kita insyaAllah.. ok berbalik pada karma.. "karma" ni ibarat satu daya yang bersifat peribadi yang mengawal alam semesta. jika seseorang melakukan perkara yang baik ia akan dapat kebaikan pada diri sendiri dan sebaliknya jika seseorang melakukan kejahatan maka kejahatan datang balik pada diri dia.. so sentiasa melakukan kebaikan.. jangan sesekali melakukan kejahatn.. ingat langit xselalunya cerah..


mohon Allah makbulkan doa ini agar aku bukan lah seorang yang pendendam dan sentiasa lembut hati hati untuk memaafkan semua orang.. amin...



No comments:

Post a Comment