ENJOY IT...

Thursday 7 June 2012

~new resolution~

Assalamualaikum....

orang kata study pas asar xelok kan.. so untuk mengelakkan aku terbongkang atas katil tue baik aku godek2 tenet post something new kan.. sharing is caring right hihi.. tadi terjumpa kat wall member aku pasal perubahan.. ataupun perkataan yang sering digunakan sekarang transformasi.. erm sebenarnya semua orang berhak berubah tapi mestilah berubah menjadi lebih baik.. jangan dah baik tapi tiba2 nak berubah jadi jahat lak.. aku selalu guna ayat ni tapi agak kasar la.. almaklum aku ni memang xlayak la nak dicalonkan perempuan melayu terakhir sebab sememang nya aku ni kasar xreti nak lemah lembut bagai tu.. aku selesa jadi diri aku yang sebenar.. aku berubah kerana Allah Ta'ala.. ok ayat yang aku selalu guna kalau aku marah mesti aku akan kata "biar mulut macam longkang jangan hati macam longkang"... hoho memang kasar la kan... mungkin akan ramai terguris hati dengan ayat tu.. sebernanya bagi aku kadang2  kita menyampah dengan someone ni sebab mulut dia jahat tapi sebenarnya kita xkenal hati budi dia lagi.. kita terus judge dia.. xadil la kan.. so biar mulut dia jahat tapi mungkin hati dia sangat mulia.. percakapan kita tidak melambang kan seseorang itu... kadang2 kita lihat someone itu sangat baik di luar tapi hati dia kita tidak tahu.. dia suka kita ke tak ke..apa ke.. sememangnya lumrah manusia kita cepat sangat judge seseorang itu tanpa usul periksa kan.. sepatutnya kita kenal faham dia dulu.. aku kalau nak berkawan aku akan rapat dengan someone tu kalau dia seorang yang humble n xhipokrit.. kalau mula2 dah kenal dah tunjuk belangnya memang aku akan judge orang tu sebagai seorang yang suka bermegah2 n menunujuk dan secara automatiknya aku akan xsuka dia.. teruknya aku ni.. huhu sebab nya aku takut kawan dengan seseorang yang suka menunjuk2 asyik nak tunjuk baik je.. sebab nanti dah lama kenal dia tunjuk belang yang sebenar memang xleh nak wat pe dah.. memang ngeri la.. aku sangat cerewet untuk memilih kawan mungkin sebab mak aku selalu berpesan kawan dengan dengan orang yang boleh bimbing kita jangan kawan dengan orang yang boleh rosakkan kita... sepanjang hidup aku selama 21tahun 11 bulan memang aku dah jumpa bermacam2 kawan.. secara jujurnya aku bukan lah layak di listkan sebagai kawan yang baik tapi aku boleh kot di listkan sebagai kawan sejati.. ecece hihi.. sebab aku xkan tinggal kan seseorang itu sebab kekasih.. aku akan letakkan "friends is priority than lover"... mungkin nampak macam tipu je kan.. tapi kenal aku dulu faham aku insyaAllah korang akan suka kawan ngan aku... hihi masuk bakul angkat sendiri ye husna huhu... lecture aku pernah kata dalam diri kita ni,  kita hanya kenal 1/10 diri sendiri, yang lagi 9/10 tu kita sibuk mengenal diri orang lain kan... dengan terjadinya satu tragedi pada diri aku.. start from 29/02/2012 aku dah mula sedar dan sangat2 menghargai diri aku berbanding orang lain.. tapi start from that day jugak aku sangat2 sayang kan kawan aku.. kehilangan seorang kawan ibarat macam kehilangan ahli keluarga.. berbalik pada perubahan tu semua orang ingin kan perubahan.. nak sangat jadi baik tapi tak tahu caranya..mest banyak je dugaan kan kalau nak jadi baik ni.. tadi masa tgk kat fb someone ni dia ada mengatakan "berubah itu pahit kerana syurga itu indah" oh sangat2 tersentuh hati... satu lagi ayat yang aku suka baca dan aku tulis dalam buku belajar aku kalau aku rasa down je mesti aku baca balik "Jika kita berubah untuk menjadi baik kerana allah, Allah akan hantar orang-orang yang baik unutk bersam-sama kita" alhamdulillah aku sentiasa dikelilingi orang yang baik-baik yang banyak membantu aku untuk berdiri berjalan di jalan Allah.. jahilnya seseorang itu bukan di lihat pada ilmu duniawi tapi di lihat pada ilmu akhirat.. kalau kita hanya sekadar pandai ilmu duniawi tapi kosong dengan ilmu akhirat tiada gunanya.. kosong hidup kita tiada kemanisan dalam hidup.. so set in my mind and your mind.. NEW RESOLUTION.. BE A MUSLIM SEJATI... walaupun pahit bagi kita telan untuk menjadi baik tapi jangan sesekali kita berputus asa.. bangun dan terus berdiri untuk mengecapi kemanisan iman..  aku bukan sapa-sapa untuk berkata sedemikian tapi aku kena sentiasa ingatkan diri aku... dunia ni hanya sementara.. sampai bila aku nak macam ni kan.. asyik terpesong je..so dengan pembacaan dengan sokongan keluarga rakan-rakan orang sekeliling insyaAllah aku semakin merasakan kemanisan dan ketenangan dalam hidup ni.. dan berpegang dengan ayat ni.. renung2kan lah 

"..Kita bukannya pandai untuk cakap orang lain bodoh TETAPI Kita adalah pandai jikalau kita sebarkan ilmu itu kepada orang lain.."



berubah itu pahit kerna syurga itu indah : )

Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan ; dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya " al-baqarah 2 : 195


1. Sahabat yg beriman ibarat mentari yang menyinar, Sahabat yg setia bagai pewangi yg mengharumkan, Sahabat yg sejati menjadi pendorong impian, Sahabat berhati Mulia membawa kita ke jalan Allah.



2. Sahabat yg baik adalah orang yg bercakap benar, dan bukannya hanya membenarkan kata2.


3. Jika anda bersahabat, bersiaplah untuk berkorban demi sahabat anda tersebut. Jika anda bermusuh dgn sahabat anda, bersiaplah untuk mengalah demi persahabatan itu.

4. Cakap sahabat yg jujur adalah lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi daripada nenek moyang

No comments:

Post a Comment